Thursday, June 26, 2008

kurik kendi esok yeeyy

Esok cuti yahuuuu bessttt..
kita hanya merancang ALLAH yang menentukan...al-kisahnya yang nak dirai tu belum le habis packing (katanya baju terlampau banyak sampai tak gheti nak mengemeh tang mana-sedekah ajelah ina mana-mana baju yang ngko dah takmo pakai tu) barang banyak lagi lom masuk kotak tapi esok petang lori plak dah nak datang mengangkut barang bawak ke kedah. Camner tu....last2 perancangan patutnya jumpa jam 9.00 di KL central dipercepatkan kepada jam 8.00 uisshhh awai bebeno macam masuk opis...tapi tak pe majoriti setuju kasi layan aje zasss...bak kata pijah dia pun masuk opis jam 8.30. Aku esok pagi terpaksa le berebut2 dengan penumpang tetap komuter di Serdang..iskhh sure pack giller.

Yang nak diraikan tu dah start rasa sedih2...heeh heeh tak pe lah weii kami2 kalau berkesempatan ke utara kalau kamu lom fly kami jenguk le kamu. Oleh kerana agenda yang mulanya bombastic lagi happening tepaksa dipendekkan kerana yang diraikan itu kena balik awai by 12.00 dah kena ada kat umah menyambung kerja2 mempacking barang...maka aktiviti karaoke may be dibatalkan..tapi tak pe makcik2 kurik kendi yang lain kalau kita nak zass gi karaoke lepas makan boleh jugak atau gi nengok wayang pun boleh jugak...aku dah set le wei esok hari aku melepas tension jadi ayu ko jangan hampakan harapan aku nak bagi keluo semua tension yang bersarang kek kepalo ni alang-alang hambikk cuti bio kita berkurik kendi sampei ke petang bio berbaloi sket cuti aku tu....atheee lagi achik kan kena jugak belikan j-co donut tu...aku tak kira aku nak jugak. Atau mungkin korang leh layan aku praktis bowling la wei sebab hari sabtu aku ada tournament. Gitew le alkisahnya bila si ibu dapat lepas sekali sekala berkurik kendi mcm masa zaman bujang bunyiknyer...hehh aman sebab tak payah nak kejo2 si ilman merata2.

Tadi gi econsave sambil membeli sambil dok check harga barang..la ni aku kalau membeli belah memang aku dok check aje harga barang2 dok buat comparison...memang naik giller...bukan setakat beras aje yang naik bagai nak rak...coklat kegemaran aku black forest tu seposen lagi jadi 7 hengget hampeh....twisties harga baru RM1.80. Pasni tak yah dah nak beli2 jajan ni. Beli roti gardenia jumbo 2.90 sebantal beli planta satu tin..kegemaran anak aku makan roti ngan planta ngan gula...kalau beli roti jumbo tu dua hari dah khatam..

Kurik kendi esok...oleh kerana aktiviti makan kat karaoke dibatalkan maka aku kensel bawak sambal...plus semalam nak tempah choc cake kat nina rupanya dia dah tak business lagi. Sian kat nina harga barang buat kek naik giller....customer2 nina plak memang dah biasa ngan harga murah nina so dia kata dia benti aje dari buat kek rugi sebab kek makcik ni sedap gilller...sekarang tengah dok cari part time job nak mengajar semula. Itulah aku rasa bukan nina sorang aje yang jadi mangsa keadaan dengan kenaikan harga minyak ni, banyak lagi peniaga2 bumiputera yang business kecil-kecilan gulung tikar sebab business tak dapat pulang modal..
till then

3 comments:

Norae said...

Zira..

selamat berkurik kendi yea... sedeyynya tak dapat join.. kirim salam kat semua.

Sir Mute Key Chicks said...

kurik kundi?
lagu siti nurhaliza tu ek

zino said...

ada kaitan dengan posting di blog ayu le kot hehe