Tuesday, June 10, 2008

Tips selamatkan poket anda

Bila boss kecit tengok bil elektrik dan bil air yang kebetulan ada atas meja aku ni, beliau siap seloroh…kedekutnya…sikit sangat bil..apa tak mandi ke (ayat ini diubah kepada ayat yang lebih sopan sedikit sebenarnya). Memang monthly bil kami tak banyak tak sampai RM50 sebulan untuk elektrik dan air. Sekiranya kerajaan negeri selangor jadi memberi air free sebanyak 30m3 air maka kami adalah golongan yang akan menikmati air secara percuma kerana penggunaan bulanan kami adalah sebanyak 10m padu sahaja sebulan. Walaupun berita pasal air hari ini ada sedikit gempak berkenaan pemberian air percuma ni.

Persoalannya mcm mana bil orang tu boleh murah bil orang ni mahal. Plus mcm mana cara nak berjimat cermat dalam berbelanja. Mari kita berkongsi tips untuk menjimatkan perbelanjaan yang sangat afdhal dipraktikan lagi-lagi dalam keadaan krisis ekonomi yang makin menyesakkan nafas dan mengosongkan poket kita pada hari ini.

  • tukarkan mentol dan lampu kepada energy saver, tak perlu pasang aircond dan juga water heater kat umah (aircond jugak sebenarnya tak elok untuk kesihatan) – pelaburan yang besar untuk mentol pada permulaan tetapi pulangan yang memang berbaloi bila bil elektrik tiba. Yang ni memang totally kami praktikkan.
  • Basuh baju seminggu 2 kali adalah lebih jimat kalau basuh baju setiap hari. In our case kami buat washing (WM kami muatan 11kg) Rabu dan Sabtu. Tu yang kain baju menimbun bila tiba time nak lipat.
  • Amalkan tabiat berjimat cermat dari rumah dan latih anak-anak tentang perkara ini. Cth mudah yang sometimes kita anggap remeh/may be some may said berkira. Masa mandi time waktu tgh syampu rambut tu jgn biarkan shower mengalir. Time tengah memberus botol susu anak air paip tutup dulu. Berwuduk dengan air yang berkelajuan sederhana – tadah air wuduk dengan baldi bole guna untuk cuci toilet dan bilik air. Min kan penggunaan elektrik waktu malam. Kalau duduk kat ruang tamu jangan biar lampu dapur/lampu dalam bilik terbuka.

Beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk berjimat dalam perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah.

  • Membeli barang keperluan ketika waktu sales lagi2 kalau ada clearance sale. Kalau tak de keperluan jangan keluar shopping walaupun ada sales giller2 kerana tendency untuk membeli barang yang tidak perlu memang sgt tinggi waktu2 begini. Part ni yang paling susah nak mengawal nafsu supaya jangan keluar walaupun dah nampak iklan sales up to 90%. Last2 nanti mulalah membuat koleksi handbag, koleksi kasut penuh satu almari tapi tak pakai2 jugak..last2 sedekah kat makcik2 adik beradik dan sepupu sepapat.
  • Beli barang dapur secara pukal di pasaraya besar seperti econsave, maidin reject shop (harga memang jauh lebih murah dari Giant, Tesco atau Carrefour).
  • Compare harga barang sebelum membeli dan spot kedai2 yang berharga murah dan letakkan di dalam senarai tempat membeli anda.
  • Amalkan pembelian bijak dan value for money : Cthnya membeli pakaian anak berjenama Osh Kosh /GAP pada harga RM20 (sekarang ni banyak booth pakaian imported) adalah pembelian bijak berbanding membeli baju anak made in china di pasar malam dengan harga yang sama.
  • Beli barang secara cash specially petrol sebab petrol dah naik harga-kurangkan penggunaan kredit kad. Kalau pakai CC mesti kita nak isi full tank – tahu2 aje lah bila minyak kete penuh mula le gatal nak ke sana ke mari. Tapi kalau cash kita isi setakat cash yang kita ada pada hari tu aje. Kalau minyak tak banyak memang kita akan dok fikir nak berjimat selagi boleh mood nak keluar tu sure tak de. Memang kad plastic ini membunuh kebebasan perbelanjaan kita.

Kalau nak diikutkan banyak lagi tip2 yang boleh kita praktikkan demi kesejahteraan poket kita. Kurangkan makan di luar (sekali sekala ok), kurangkan hobi2 yang mahal seperti golf, permainan remote control (hint kat hubby), Kurangkan acara2 window shopping, jalan2 makan angin. Tapi kesemua perkara ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita dah willing nak berubah insyaALLAH perkara2 ini amat mudah sahaja untuk dilaksanakan kerana dari dah lama dulu lagi kami telah berjaya melaksanakannya.

Kesannya sangat banyak…antaranya tak de masalah hutang kredit kad, jumlah bil yang nak kena bayar sedikit, tidak keputusan wang hingga gaji seterusnya, malah boleh ada extra duit untuk simpanan lagi dan yang paling best sekali sekala boleh berbelanja secara bombastic.

6 comments:

jagoan said...

nanti saya baca.

PerantauSepi1306 said...

wuhooooo ko sgt jimat cermat ye zira.. kagumsss

tp part lampu mentol energy savers tu aku pun sokong... memang jimat gilers..

ya2 said...

zira,

bgus la nasihat ko nih.

akan ku cuba praktikkan.

aku pon beli bju anak kt brand outlet je.kdg2 kt reject pon.

tang handbag tu x aku xleh tahan tu..

Anonymous said...

bagus nasihat awak tu. tapi kita ni hidup berdasarkan keperluan. dan buat masa sekarang saya terperangkap dgn keperluan yg membataskan usaha utk berjimat cermat..... lain org lain cara hidupnye.

Kopi Suam said...

ah tok..sudah baca kaaa...

sydde idak le berjimat cermat dalam erti kata kedekut..kalau kedekut sure mak dah jadi jutawans sekarang uuu.tapi memang berjimat lah wei..demi masa depan jugak..

yaya..kamu ngan ina kan satu species..tapi seingat aku ina bukan giller ke kalau membeli kasut...kurang2kan laa...kalau boleh beli handbag yang mahal long lasting pakai untuk tempoh yang lama :)

anon..setuju dengan awak kita hidup memang berdasarkan keperluan. cthnya kereta tapi kita ada pilihan nak beli kancil atau honda.Keperluan anak nak pakai diapers nak beli mami poko ke drypers..membeli berdasarkan status/jenama/high class adalah bukan satu keperluan. jadilah pengguna bijak..poket gerenti selamat.

It's not the amount that matter but how you manage the amount is the thing that most matter.

edrina said...

setuju tapi tang tak yah pakai water heater tu tak leh kot hiks.. almaklum lah aku ni kejer shift balik malam kul 11 lebih atau pi kejer di awal pagi kul 5.30 pagi dah bangun...seejuukk nak mandi kalau tak der water heater..hiks.. kesihatan pun kena jaga gak hiks..