sembahyang serentak (ho ho ho abaikan yek keadaan bilik itu)
Aku demam but still aku datang opis jugak…demam yang kira aku masih leh tahan laa..Cuma yang tak tahan selsema ni hidung tersumbat kepala giller sakit berdenyut2. Sekarang ni tengah mood nak shopping la mati aku plus semalam baru dapat duit sewa umah kan habis laa…tengahari ni tengah dok mencogak2 rasa cam nak melompat ke Alamanda sat…alamanada ngan opis ni heehh dokek bebeno kalau chombie ada ni makin menjadi la jawabnya.
Kakak tak habis baca lagi adik dah sujud
Khamis minggu depan tender closing date. Maka bermula lah episode pecah kepala. Aku rasa lepas ni tak tahu lah may be tak cukup tangan tak cukup kaki kami dibuatnya. I was made known setakat minggu lepas 25 proposal yang telah terjual. Banyak tu wei sedangkan dulu masa first tender yang 12 company masuk pun kami macam dah nak pecah kepala yang ni dengan scope yang lebih besar tak tahu la…patut mintak kami berkampung jauh kat Cameron ke PD ke selama sebulan selesaikan tender evaluation. I’ll be one of the panels during tender evaluation nanti. Sekarang ni boleh la hu la la lagi sambil dok jawab soalan2 kat tender clarification area. Biasalah vendor kan suka nak tanya soalan yang mencabar2 dan nak korek seboleh2nya kira dengan harapan kami menberi jawapan.
Inilah mesin urut kaki saya memang bestt
Malam tadi sambil aku urut2 kaki dengan mesin baru tetiba kakak kata nak solat Isyak then aku kata ok proceed aje lah mcm tak biasa solat kalau mama tak de kan. Selalunya bila aku solat (sekarang mak cuti) mereka akan solat dan mengaji sekali jadi bila aku cuti2 ni anak2 pun merdeka ngaji pun cuti dan ikut suka mereka. Walaupun baru 5 tahun tapi memang dah patut diajar supaya by the time diorang 7 tahun tak de le liat nak sembahyang macam aku masa kecik2 dulu. By 7 aku dah warning terus rotan aje kalau malas.
Kusyuk
Aku ni yang sambil urut kaki tu sempat le capai handphone nak snap gelagat anak-anak. AlKisahnya lepas wuduk dengan basah lokosnya Ilman dan deena ni solat serentak but as usual kakak memang baca lambat dan tertib dalam sembahyang lebih kurang rhythm mama sebab dia dah tahu setiap rukun sembahyang tapi adik sembahyang mcm roket dan macam ayam patuk Ilman pun tak berapa faham lagi baca al-fatihah ala pelat2 giteww. Kakak pun ngaji dah jauh dah baca sampai Wailullikulli. Ilman masih baca alif di atas aa itu pun kejap ingat kejap lupa…betapa bezanya anak lelaki dan anak perempuan.
wirid dulu
Habis sembahyang kakak komplen apalah adik ni kakak baru rakaat kedua adik dah siap simpan sejadah tak aci le. Hehh diaorang biasalah ingat sembahyang pun nak main lawan2 siapa habis dulu dia menang ala..biasalah kan bebudak ni..kalau pakai baju nak lawan siapa dulu dia menang kalau makan nak lawan siapa menang..aku gelak aje…tapi yang bestnya Muhammad Ilman ni walaupun solat laju mcm roket tapi lepas abis solat siap sempat wirid lagi….banyak kali jugak dia bertasbih dalam versi pelat dan kita fahami…dalam hati aku alhamdulillah maknanya apa yang kita sebagai ibu bapa ni buat memang akan menjadi contoh kepada anak-anak. Lepas wirid siap baca doa dan raut muka lagi...cayalah dik man.
habis doa
Anak-anak makin hari makin membesar dan kita makin hari makin tua dan pasti akan merindui keletah dan gelagat mereka semasa kecil. Jadi peluang yang ada pada hari ini harus kita hargai jangan tahu nak jadi singa memanjang (aku pun singa tapi ada time) dan yang penting kena appreciate setiap usaha yang anak2 kita lakukan. Hari2 puji mereka supaya psychology mereka berkembang secara positive.
Akak tak habis lagi adik dah sidai sejadah
Sambil duduk2 tengok TV rancangan bersamamu aku kata kat Ilman nanti kalau mama tua macam nenek tu mesti mama mati..wek eleh tetiba aje mamat ni menangis dengan penuh tragis dan tersedu sedan…ayo yo ni budak…memang confirm anak mama.
till then
8 comments:
amboi bagus nya anak anak tu..
yeah zirap.. kena asuh awal kan bebudak ni utk solat... and boys will always be boys... liat sket :D
wah mau sopping lagi ya bu.... ;D
slamat membuka tender... mahapla ari tu tak dpt bantu byk... bos kedeks sket
zira,
memang jauh bezakan anak lelaki dan anak pompuan ni.dulu aku slalu susah hati bila ilham lmbt cakap, lmbt jalan, lambat pick up la serba serbi.smpai la paed ilham marah aku sbb anak laki mmg lambat matured compare anak pompuan.
tu lah kita ni makin tua dah ye, tgk anak2 membesar ni kdg2 tertanya jugak, mcmana la hari tua kita nanti?ada tak org nk jaga?
alhamdulillah.. dorang neh akan ikut apa yg parents buat.. kalau parents pun solat tunggang langgang macamana anak nak tahu & ikut ye dak?
uncle zino,
jangan masa kecik aje rajin...harap2 berkekalan hingga dewasa...mudah-mudahan menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta mendoakan kedua ibu bapa...amin
sydd,
kalau ikut ustazah tempat aku belajar anak bila dah boleh bercakap tu memang kita dah kena jinak2 kan mereka dengan mengaji dan solat mudah-mudahan bila mereka makin besar mereka faham..mcm aku dulu selalu ngelat sembahyang lagi2 solat subuh selalu aje ayah aku balun ngan sejadah pepagi buta tu..
yaya,
lain anak lain cara mereka anak lelaki memang lambat sikit pick up tapi IQ dan kreativiti jauh lebih cepat dari anak perempuan...yang ni untuk kes budak berdua ni laa.
ed,
memang mcm tu..apa saja bukan setakat solat malah tingkah laku kita kat umah pun dorang tiru..isk tu yang kekadang tergelak bila diorang maraha2 dok repeat semula kata2 yang kita pernah sebut time marah2 kat dorang dulu memang sebijik pun...but kekadang kita sebagai ibu bapa pun lost control jugak..jaddi banyak lagi ruang untuk membetulkan diri sendiri ye dak
tu la dulu masa kecik aku paling liat nak solat. kalau mak aku suruh buat aper2 pon aku gak yg selalu malas, degil.
skang dah ada anak baru tau camna rasanya kalau suruh anak tak mo buat.
DD
tu la kita ni dulu masa kecik2 tak hengat dunia tak dengar kata..melawan mak ayah bagai..malas degil...bila dah ada anak sendiri ni baru tahu tinggi rendahnyer langit tu kan..
sama-sama merasa
alar...comel nya....
Post a Comment