Monday, July 07, 2008

Perihal Sukan Teknikal

Pagi sabtu tu kami begitu teruja untuk ke sukan teknikal. Tapi dek kerana kesilapan info aku ni dengan confidencenya drive ke MPH Uniten untuk registration sebelum 7.30. Sampai MPH awat lengang semacam sebijik kete pun tak de. Rupa-rupanya sukan berlangsung di Kelab Kilat. Gagah jugak memandu ke HQ 8.20 kami tiba dah le lambat nak masuk dari main gate pintu tutup le pulak..iskhh sejak bila main gate tutup hari sabtu ni. Sah markah kedatangan tak dapat sebab lewat. Akhirnya berpusing lalu kat Berita Harian dan masuk dari Pintu Bukit Pantai.

Tiba kelab kilat ambik t-shirt dan breakfast dulu anak beranak. Kedatangan aku bukan sebagai pemain aku datang sebagai penyokong. Rupanya tanpa pengetahuan aku nama aku dimasukkan dalam acara Info race. Kena makan cepat2 nama dah kena panggil untuk bertanding. Maka terpaksa meninggalkan anak-anak pada cik abang..sian pakcik kaki dah le sakit lom baik lagi.

Bagi aku acara inforace ini adalah acara yang paling menyakitkan hati. Pertama kerana klu yang teramat susah dan terlalu banyak mengong punya AJK, kedua hampir 4 jam kami bertawaf sekeliling HQ TNB mencari klu yang ntah hape-hape tu sampai kejang dan sakit2 kaki kami dibuatnya ketiga ntah mcm mana format pengiraan markah last2 team aku yang sampai no 2 di garisan penamat dapat tempat terakhir hampeh dan sakit hati betul. Dan yang seterusnya AJK yang begitu hampeh dan buat keputusan syok sendiri. Betapalh geramnya kami bila team lain siap leh naik motor lagi cari klu..info race apa tu AJK tu siap buat rileks aje sebab team dia pun sama ada yang naik motor. Muak mak dibuatnya.

Last sekali setelah semua games selesai pasukan kami dinobatkan pasukan yang tercorot kalah satu mata dengan pasukan kuning. Ceh memang tak pernah dibuat dalam sejarah rumah biru sedang tahun lepas kami adalah juara. Memang ada konspirasi nak bagi pasukan kuning yang selama ini memang ditempat tercorot untuk memperbaiki kedudukan. Apa-apa pun kami redha..biarlah biru ni sentiasa berfikiran positive walaupun masih ada suara2 sumbang yang tidak berpuas hati dengan format pemarkahan sukan teknikal tahun ni yang kesemuanya disapu bersih oleh rumah merah. Iskhh namun geram tetap geram sebab kalau dah corot tu memang le corot namanya.

Habis sesi penyampaian hadiah pembahagian hamper..aku sambar Danish cookies, coco crunch beberapa kotak, chocholate dan adalah beberapa jenis jajan lagi…aku patut ambik banyak sebab aku kena main sampai 4 games (netball, volleyball, bowling and info race) kami terus lunch. Sib baik lunch sedap maka terubat le sikit hati yang bengang dek kekalahan tahun ini. Lepas makan terus balik mandi sembahyang lepas tu badan dah start sakit2…iyelah tak hengat duit berlari berjalan 4 jam…sampai nak bangun pun tak larat.

Begitulah kisah tragis kumpulan explorer yang kalah buat pertamakalinya setelah 5 tahun sukan teknikal diperkenalkan. Tahun ni penganjuran adalah yang paling teruk dan tidak teratur langsung. Apa-apa pun tahun hadapan kami akan bangkit kembali…come on Explorer we explore we conquer.

Till then

No comments: