Thursday, August 21, 2008

CCM Perlis - Third day

Pagi Ahad geng kurik kendi nak masuk UUM lagi sebab ina nak kena punch dan sesi terakhir berposing. Aku and family bersiap-siap untuk ke Perlis dulu. kami janji berjumpa di padang Besar. Lepas breakfast kami meneroka Negeri Perlis pulak. Perjalanan dimulakan ke Taman Ular Sungai Batu Pahat. Kat sana anak-anak memang seronok sakan banyak ular2 yang dapat kami tengok selain itu ada jugak monyet buaya, kura2 dsbnya. Bayaran masuk RM4 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.








ular ni saiznya lebih besar dari Muhammad Ilman ala-ala saiz anaconda







From Taman Ular kami meneruskan perjalanan ke ladang anggur. Ini adalah tempat yang paling aku nak pergi sekali teruja masa tengok di Majalah 3 tempohari. Kebetulan ladang anggur tu dalam 2-3km aje dari taman ular. Cuma waktu kami sampai anggur masih kecil lagi. Buahnya memang lebat belaka geram betul rasa mcm nak petik. Kalau datang selepas raya ada harapan dapat petik anggur dan makan di ladang...besttt


Posing bawah pokok anggur




sib baik tinggi buleh nengok aje laa kan...kalau tak harus dah kena gapai anggur tu



peh lebat sungguh cam kat obersea beb



Cuaca di Perlis agak panas memang musim panas. Perjalanan di teruskan ke Tasik Melati. Tasik ni ada kenangan masa aku dok buat project network final sem dengan celcom Perlis "data 2 go" dulu2 panggil data 2 go sekarang panggil sms...project aku, zai, leen and ude kat sini le kami berposing lepas abis project. berehat2 seketika sebelum ke destinasi seterusnya, ayah pun sempat le landing luruskan badan padahal aku yang drive heeh heeh.









From Tasik Melati hari masih awal lagi dok tunggu geng kurik kendi call tak call pun. So kami decide pi Wang kelian, selama ni dok dengaq cerita aje kan meh kita tengok camner ghupanyer wang kelian tu. Terus ke wang kelian humang aii jalan nak ke sana memang mencabar kalau kurang expert dalam pemanduan adalah digalakkan tak payah pergi la wei. Komen aku tak ada apa pun kat situ panas terik giler pekan sempadan ala-ala pekan koboi banyak kedai tak bukak walhal masa kami tiba baru jam 11.30 pagi plus jalan nak ke sana memang mencabar lebih hebat dari nak ke genting dengan selekoh S yang sangat power, senget dan sharp sungguh. Pekan memang ala-ala serikin kat Sarawak tapi serikin best banyak kedai banyak barang nak dibeli (hak dulu aku pi serikin hangkut 2 tilam kekabu baru RM30/sebijik naik flight takut terlebih berat, kat sini tilam tu harga RM120) sib baik berat kalau tak mahu aku beli cam toto 5 bijik. Tak beli apa pun kat wang kelian kecuali helmet basikal untuk anak-anak.









From Wang Kelian 12km saja nak ke Padang Besar syurga membeli belah..on the way nak ke sana baru le geng kurik kendi call kata depa dah lepas UPP kami kat belakang depa. Sampai sana perut sudah berkeriok cari makan dulu wei. since aku datang pun bukan le nak bershopping sakan pun kan. Ada tidak aku beli dua helai blouse mak ada lah shopping sesikit lagi pun boot kete dah penuh. Padang Besar sudah tersangatlah berbezanya dari 10 tahun lalu wahh siapkan duit banyak2 jika datang sini selain dari kedai di bangunan ada jugak khemah yang aku rasa sehari pun tak habis nak masuk semua kedai2 kat situ.

Pekena tom yam udang tu dia size udang puas hati sungguh.
3 ketul udang besaq RM25 hengget murah banget..

Daging merah, kailan ikan masin, Kerabu mangga telur dadar
sampai la ni terasa-rasa lagi sedap.



From Padang Besar isik minyak dulu..then terus ke arah Kangar tapi sempat singgah ke Ostrich Farm. dapat le anak2 tengok burung unta sambil beramah mesra.





Dari Ostrich Farm kami terus ke Gua Kelam. This is among my favourite place kalau aku mai Perlis ni. Suka sangat aku dok dalam gua yang sejuk nyaman lagi agak menyeramkan sedikit. Anak-anak dah merengek nak mandi ayaq terjun kat situ iyelah dengan cuaca yang panas dengan kami yang seharian dari pagi..iskhhh letih dah mama ni dari pagi...kita layan Gua Kelam dulu. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Dulu2 masa study kami dok sewa 2 kete aku jugak salah seorang supirnya membawa geng2 perwaja, linda (dott), intan (tan tan), dalin, zila, pinky, aju, azie...iskhh nakai kami dulu2 no.








From gua kelam kami singgah sat kat masjid berhampiran. Memang panas giller sempat le aku mandikan anak-anak..aku pun sempat le bersalin kulit menyegarkan badan dan solat asar disitu. Dari situ kami gerak ke Kuala Perlis. Ini acara wajib aku kalau mai utara mesti nak pekena sea food jugak. Meeting Point kami di Kuala Perlis kat kedai Lynda Seafood. Tapi sebelum pi Lynda lepak2 kat tepian Jeti tu sambil menikmati keindahan senja..layannnn..from jeti kami ke Lyda pulun jangan tak pulun.
















Nora letih dah muka hang no





Peh letih memang tak leh cakap lah kan sebab dari pagi sampai ke malam. Sempatlah jumpa mizap sat walaupun tak dapat nak sembang lama askar mizap dah dok buat perangai. Kami pulun sea food malam tu aku kena dalam RM92 hengget untuk sefamily geng kurik kena dalam RM120 untuk depa berenam puas hati noo.

3 comments:

zino said...

perlis satu2nya negeri yg belum pernah sampai ..... hehe

Kopi Suam said...

Uncle..recommended to go semua tempat yang KS pi kat Perlis ni kecuali Wang kelian tu..

PerantauSepi1306 said...

perhhhh syiok tu zirap... terigt jaman aku kayuh beskal ngan kelab pi LGK lalu kodiang, redah tepi tali ayaq dan jugak laluan pantai ke jeti kola tuh.. syiokssss....

plg tak tahan tengok udang besaq gila tu.. uikksss man nak dapat kat sini kan...