Friday, August 08, 2008

Gantung Tak Bertali

Masih menggigil kesejukan kerana demam masih tak kebah. Tepat jangkaan aku petang Isnin tu dah rasa bisa2 seluruh badan dan penangannya sampai hari ini. Secara tiba2 tangan sebelah kanan aku rasa bisa dan sakit yang amat. Aku tahu puncanya hanya dari sengatan seekor nyamuk dijari hantu kanan. Kawasan gigitan membengkak dan seluruh sendi tangan aku bisa. Tangan kanan tak boleh nak bengkok langsung.

Balik opis petang tu memang aku terus collapse. Berkelubung dan menggigil kesejukan ibarat orang demam kura nak gi klinik rasa tak larat tahan saja sampai esoknya. Seluruh badan rasa sakit yang amat sampaikan nak bangun pergi toilet pun tak mampu. Sepanjang malam aku tidur dalam kegelisahan memang hampir setiap jam aku terjaga kerana bisa yang amat sangat, pinggang sakit cam orang nak bersalin..semua sendi sakit dan bisa ibarat baru lepas mengalami kecederaan kemalangan..aku rasa sendi2 aku mcm dah patah riuk memang hebat penangan demam kali ini.

Pagi selasa gagah juga perlahan2. nasib baik kete auto jadi boleh le drive ke Az-Zahrah. Sampai hospital terus aje aku ke belakang tempat rawatan, tangan memang menggigil aku sah tak boleh berdiri lama isik form pun tak mampu. Temperature badan masa tu 39.5 terus doctor ambik darah, test urine, masuk air satu botol dan dapat satu das injection kat punggung. Test darah platelet ok. Hampir 4 jam aku di hospital tapi tak warded. Temperature turun sikit 38.3 badan ada gagah sikit tapi bisa2 pada sendi masih tidak berkurangan. 2 hari doctor bagi MC harini still aku belum rasa sihat sepenuhnya…dah berkelubung dalam baju sejuk ni pun still aku menggigil kesejukan lagi. Mungkin jap lagi aku ke klinik semula..sakit kepala masih tak reda..bintik2 merah dah mula terbit seluruh badan (giller gatal)…muka aku pun merah macam udang…Cuma doctor saja tak berani sahkan samaada denggi atau chikugunya…tapi bukan denggilah kot sebab bintik2 kat badan pun ada..kata doctor hari ke-3 atau ke-4 baru boleh pastikan.

Semalam dalam dok berbaring2 lepas dok kemas2 umah aku tengok Wanita Hari Ini tentang kisah gantung tak bertali. Orang pompuan ni dalam sakit2 ingat boleh ke tengok umah bersepah2. Sakit2 pun gagah jugak nak buat. Topik gantung tak bertali ni memang topic membuka mata bagi orang perempuan..kesian sungguh pada kaum hawa yang diuji dengan keadaan ini. Yang kesiannya bila perkara gantung tak bertali ini berlaku kebanyakan wanita kat luar sana tak tahu nak buat apa. Mendiamkan diri memendam rasa dan tak tahu hak2 dia sebagai seorang isteri. Ada tu yang called sampai nangis2 kat phone mengadu masalah dia yang digantung tanpa tali dekat 2 tahun sian kat akak tu (zalim sungguh suami dia)…and ada sorang mamu ni call bagi pihak adik dia…soalan mamu ni dia kata dia siap pelik kenapa adik ipar dia (lecturer) berpelajaran tinggi sanggup buat adik dia begitu. Dah lah tidak menyara keluarga adik dia (semua isteri tanggung) akhirnya tinggalkan isteri gantung tak bertali. Ada tu tinggalkan isteri siap tak tahu isteri mengandung sampai isteri dah bersalin pun masih tak jenguk muka. ( Nauzubillah) minta kita semua dijauhkan dari musibah begini. Kita mungkin tidak nampak tapi diluar sana mcm2 perkara yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita boleh berlaku.

Tapi kenapa harus gantung tak bertali..bukankah itu menyiksa jiwa dan raga..dah lah nafkah zahir dan batin tidak bagi…sakit pening anak isteri tak ambik tahu lepas tu menghilangkan diri tanpa khabar berita..kalau dah tak sekutu tak oleh hidup bersama lepaskan sahaja dengan cara yang baik. Masing2 boleh membina hidup baru dengan lebih yakin. Si isteri bila digantung tak bertali buatlah aduan di mahkamah syariah minta sesi kaunseling kalau dipendam sendirian memang stress jadinya. Sekurang2 bila dah dapat kaunseling tu tahu arah mana nak dituju seterusnya.

Dari kisah ini kita haruslah mengambil ikhtibar dan pengajaran pada setiap musibah yang berlaku ada orang lain..jangan kita ingat benda2 seperti itu tak mungkin berlaku pada diri kita kerana hidup kita yang aman bahagia sekarang…hello don’t enjoy your life too much ok. Please spare some space untuk perkara2 yang tidak terduga, kerana langit tidak selalunya cerah dan sentiasa beringat dan berpesan pada diri sendiri…kita sebagai perempuan kenalah jugak mengambil tahu/ belajar/ mencari ilmu tentang perkara2 kehidupan dan rumahtangga ini semua benda dalam dunia ni kena belajar kena cari ilmu kerana ianya tak kana datang bergolek secara sendiri. Berkahwin adalah perkara yang amat mudah tetapi mengekalkan perkahwinan supaya sentiasa berada pada peak level adalah perkara yang paling susah. Semua orang mengidamkan rumahtangga yang aman damai bahagia dan sentosa namun kebahagian sesebuah rumahtangga itu bukannya terletak pada sokongan ibu bapa kita semata2 tetapi ianya terletak ditangan kita suami isteri…kalau kita nak bahagia then kita kena usaha kearah kebahagian walaupun adakalanya kita harus berkorban..selebihnya doa dan tawakkal kepada ALLAH. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia sehingga akhir hayat…amin..

5 comments:

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

moga cepat sembuh dan makan ubat selalu...

edrina said...

yer betul tu..setuju 100%..
kena banyak doa sebab kita tak tahu apa akan jadiks pada masa depan.

ya2 said...

zira,

kalu kes gantung x bertali ni slalunya sbb nk balas dendam.itulah manusia kan, dari menyeksa baiklah dilepaskan je isteri tuh.

tpi kdg2 isteri pun satu, demi anak, demi malu sanggup x kisah digantung bertaun2.entahlah..

kita sama2 berdoalah ye, bahagia itu adalah rezeki, kesihatan pun rezeki.tpi napa la kita asik minta nk kaya je ek.hehe

Chenta said...

Selain kesabaran dan kekuatan, isteri wajib tau hak yg ada pd dirinya dan bertindak..kes ini berlanjutan shngga bertaun lamanya sbb mrk takut dan malu..

Pedulikan "mahluk" ini dan terus pandang kedepan demi anak2. Satu kelebihan bg mereka yg berkerjaya.
Yang tdak berkerja jgn sempitkan fikiran sbb rezeki tetap ada yg penting Kita adalah Kita bukan sesiapa..

MamaFaMi said...

Didoakan moga cepat sembuh ya..