Thursday, September 11, 2008

Entry SMS

Semalam adun sms aku. “Kak, mak tanya bila nak balik kampong. Mak dah rindu kat cucu-cucunya. Lagi satu akak tolong le pujuk abang tukarkan nama kete tu pada nama Adun yek. Orang nak gi bawak keta untuk inspection kat Puspakom ni”. Aku balas “akak tak berani campur le Dun tu kereta dia, ko mintak le bebaik dengan dia”. Aku fwd sms tu pada hunny yang part mak suruh balik kg tu aje la. Yang part mintak pujuk tu aku reserve sebab lebih senang kalau cakap direct. Bila aku slow talk kat cik abang pasal kete tu suruh tukar nama adun dia kata buat apa tukar nama guna aje lah kete tu. Kete tu memang le kete cik abang tak de hutang sejak mula2 beli sebab bayar full settlement, tapi kete tu dia kata dia bagi kat mak, memang sejak kawin kete tu terus tinggal kat kampong supaya mak senang nak kemana-mana. Tapi last2 kete tu Adun yang guna. Pepandai le korang adik beradik berpakat Kete tu dah berapa kali salin kulit. Kejap cat biru kejap hijau pastu hitam pastu yang terbaru putih pulak. Ni dengar2 nak cat lagi. Ekzos pun dah berapa kali tukar, sport rim pun dah tukar yang 17’. Ingat dah berpuluh ribu jugak berhabis kat kete tu dengan modified sana sini.

Macam tu le orang bujang kalau nak menghabiskan duit. Bukan ke membazir namanya tu. Malam tadi adun called hunny. Aku pasang telinga aje dengar perbualan dua beradik tu (heehh busy body). Puas adiknya tu pujuk mintak tukar nama. Cik abang tetap bertegas takmo tukar nama tapi dia suruh adun guna aje kereta tu. Iskhh kete free dun guna aje laa sibuk2 nak tukar nama le pulak…

Tapi haritu mak dah pesan adun suruh beli kerete sendiri. Kerja bukan cikai2 pun pegawai kastam graduate lagi tentu le gaji banyak. Hmm kalau aku jadi adun berapa banyak saving yang aku boleh buat yek sebulan sebab duit kete dah cover at least 6-7 ratus free2 aku leh masuk dalam saving…heeh hehh. Tapi orang bujang yang masih dengan dunia bersuka ria tentulah ingat enjoy tentu seronok menghabiskan duit kerana belum ada tanggungjawab besar, lagi pulak adun anak bongsu abang-abang and kakak leh cover. Kalau aku dulu masa mula2 kerja dengan RM1500 sebulan pun sudah mula menabung 500 ringgit. Selebihnya untuk belanja sewa rumah, makan, bagi mak dan sebagainya. Tahun 2000 aku beli wira kesayanganku still tabungan memang tak kurang dari itu.

Nak educate diri sendiri berjimat cermat berbelanja dengan berhemah, bijak dalam pengurusan kewangan kena datang dari diri sendiri dan juga disiplin. Kena tahu membezakan keinginan dan keperluan plus kenalah ada objective dalam hidup. Bukan mengikut hawa nafsu semata-mata. Keinginan semua orang ada keinginan, but sekali lagi fikir apakah dengan merealisasikan keinginan itu kita akan dapat kepuasan mutlak. Ukur baju dibadan sendiri. Kalau kita ni jenis yang hanya mampu pakai baju cap ayam pakai ajelah baju cap ayam. Malu ka..aiyaa tak kisahlah tu semua. Jangan tengok orang lain pakai baju cap buaya cap kuda kita rasa cam mampu nak jugak ikut cara orang pakai baju cap buaya.

Ironinya memang kita mampu cthnya kemampuan memiliki kereta mewah memang kita mampu, mek mampu kalau setakat monthly installment 1400 sebulan tapi mek tak sanggup meleburkan duit mek semata-mata nak bayaq hutang dengan tujuan nak nampak mewah...ayo yo itu bukan mek punya style la. pasai itu bulan2 perbelanjaan yang lain terik ma buat apa buat sakit jiwa aje dok fikir banyaknyer hutang. Ikat sana ikat sini korek sana tutup sana korek sini. Saving ke mana pabala, bila ada emergency nak guna duit gedebuk 10-20k sejelepuk mana nak carik. Quality hidup pun tak dak sebab duit habis dok bayar hutang. Kalau boleh dalam hidup ni mek takmo ada hutang. Fikir lagi kalau duit dah dok perabih tak tentu hala mana nak ada yang bleh simpan wei. Fikir lagi nanti bila anak mek besar agak2 ada lagi ke biasiswa untuk depa pi buat medic kat Ireland (mek cakap Ireland sebab mek suka kalau anak2 dapat study kat sana heeh hehh over). Fikir lagi bila mek dalam kesusahan ada ke agak2 nya orang yang nak tolong..hu hu hu zaman sekarang ni…sehari dua boleh le orang bantu hulur sana sini sikit selebihnya sepanjang hayat tuan badan kenalah ikhtiar sendiri. Zaman semakin mencabar pulak harga barang makin mencanak wei...jadi kenalah ada kesedaran duit pun dah tak dak value..agak2 cukup ke persiapan nak bagi quality hidup hari ini berterusan hingga generasi seterusnya.
Apa yang aku melalut ni…

3 comments:

PerantauSepi1306 said...

kagumlah ngan ko zira.. memang penjimat sungguh... baguss camtu, senang hidup di masa depan nun nanti..

Anonymous said...

betull betull.. kena beringat ringat dan ukur baju di badan sendiri.

Lebih rela bayar insuran pendidikan anak anak dari perabih beli kereta mewah.. asal sesuai ngan citarasa dan poket dah cukup dah..

Unknown said...

bagus kak zira, kita tatau akan dtg mcm mana,ada ke dak biasiswa nanti, kemalangan ke,atau apa2 je kemungkinan..kena beringat dari skrg..kadang org melayu ni suka show off, keta 2-3 bijik,tapi bila xdpt buka teks mulalah mengomel.