Thursday, September 18, 2008

geng kurik kendi sedihnya hatiku :(






Baru aje aku sebut nama lela dalam entry arek yang lepas tup-tup petang selasa tu aku bertemu dengan lela di KFC lepas tol sungai besi. Btw lela ni bukan pompuan occay..lela ni lelaki…nama sebenarnya akram heeh heeh. Petang selasa tu aku ada seminar on creating communicating leaders tak sangka plak lama bendanya. Berlarutan sampai jam 6 lebih. From jalan timur tu nak balik ke kajang memang jem giller. Last2 aku sampai tol sungai besi dah 7 lebih. Awal tu dah inform cik abang suruh dia beli aje food memang confirm aku tak sempat sampai umah sebelum berbuka. Aku call mun ajak buka kat kfc kebetulan kami kena attend benda yang sama.


Dari jauh aku macam kenal aje mamat ni..heeh confirm lela ni..aku pun lambai2 le kat dia…pakcik siap blur2 and tercengang ingat awek mana le yang dok lambai2 kat dia kan. Rupa2nya kawan tengah layan mengantuk pasal tu dia singgah rehat. Kami berbuka bertiga. Macam-macam benda sembang lama gak aku tak jumpa lela ni. But setahun sekali mesti jumpa sebab nak tukar duit raya and nak sampul duit free from RHB heeh heh. Berbuka pun tak leh lelama sebab nak kejar maghrib lagi kan. Maka lepas berbuka kami bersurai ke sarang masing2.


Semalam pulak dari pagi walaupun cuti tak menang tangan sebab nak prepare untuk majlis berbuka puasa unit kami. Pulunlah aku ni memasak. Makanan ya ALLAH banyak giller. Ada ayam golex (sebutan ilman), satay, spaghetti, mee goring, bihun, KFC, Ais krim, air sirap bandung muo, jus mangga, air tebu..iskhh kalah 5 star hotelnya makanan. Aku bawak masak asam pedas, nasi, buncis goreng sotong and sup steamboat. Terlampau banyak makanan macam-macam ada. Meriahlah majlis sebab ramai kaum keluarga yang hadir. Siap ada cabutan bertuah lagi. Yang tak bestnya Muhammad Ilman nangis2 tanya kenapa mama tak dapat hadiah last2 no cabutan yang terakhir tu memang diorang purposely cabut nama aku supaya ilman dapat hadiah..iskh sabo aje lah anak bujang yang sorang ni.


As usual anak aku mana leh dok diam. Lagi dia ada geng ngan anak kak zeti aqil lagi le depa berdua tu ligat berlalri-lari ke sana ke mari. Kalau dok main senyap tu oklah jugak..ini suara dah le macam speaker…sib baik opis kami besar jadi all the time memang dia dok berlari dalam opis le kerja nya tak de le mengganggu majlis but sesekali tu agak tergangu jugak ngan gelagat budak hyper ni.. Kira majlis berbuka diakhiri dengan sesi menapau. Banyak giller aku bawak balik..kira harini panaskan aje lauk pauk dan makanan yang aku tapau semalam. Since aku ketua organizer so kenalah tunggu sampai majlis habis berkemas. Bebudak baruni lah yang telah menjadi mangsa kerahan heeh heehh….

Petang ni geng kurik kendi gi berbuka beramai2 kat KL Central…kalau ikut kezaliman aku mahu aje aku cabut ngan komuter petang ni join depa berbuka iskhhh pastu leh ajak depa pekena J-co…adus teringin banget nak makan alcapon…malangnya aku tak zalim..sian cik abang and anak2 nanti…pada korang tu serious aku jeles banget tak leh join berbuka hari ni….serius memang rasa nak gi ikut korang…Sambil makan tu jangan le lupa sebut2 nama aku yek….bagi extra pahala sikit kat aku bulan2 puasa ni plus tapau2 kan kenner rogers untuk aku tau..kirim akt ina nanti aku ambil bersama kek lapis…heeh heehh mesti ade goss goss hebat yang aku akan terlepas..lagi2 orang yang kat changlun itu sudah sampai KL mau join itu bukak puasa geng kurik kendi…plus time time akkkaaakkk chombb pun join sekali…iskhhh akakakk aku nak ikut ko…

3 comments:

Anonymous said...

masa jumpa lela tu tak tanya ke khabar si Arek?

kepochi makcik nak tahu apa kesudahannya tu..

Kopi Suam said...

kak zar sempat jugak tanya kat lela dia ada kontek arek ke tak..malangnya dia pun dah lost contact ngan pakcik tu heeh heehh...

Norae said...

zira..

memangle rugi yg amat tak dapat join.. tapi takpe.. kita buat acara lepas raya ekeke