Monday, September 08, 2008

nostalgia - yeaah yeahh esok raya

Harini last le raya harapnya. Puasa baru 2 hari berhari raya dah 6 hari nak buek camno. Jenuh le mek nak menggantikannya nanti. Mcm aku kata sebelum ni, aura raya aku tahun ni memang tak mandrem langsung. Iskhh sungguh aku tak main2. Tahun ni nak business kuih raya pun tak de mood nak beli or order kuih raya pun memang lagi tak de mood. Mak pun kata dia tak de mood nak buat kuih jadi tahun ni kalau nak order kuih sepit boleh order cam dulu tapi aku ambik kuih dari busu aku la tertakluk kepada stok sahaja.

Jemputan berbuka puasa tak de wei sangat lah pelik. Kalau tak tahun2 sebelum ni at least ada gak 2- 3 jemputan or mungkin sebab kami still in evalution mode so vendor tak boleh/haram untuk mengganggu kami. Btw on 22nd aku akan berbuka puasa kat Marriot Putrajaya itu pun kebetulan the whole day tu aku kena attend seminar. Tak pe tunggu dalam masa seminggu ni kita tengok camner.

Sedih sebab semakin tua semakin raya itu jauh kemeriahannya. Sedih sebab anak-anak tak dapat merasai zaman aku berhari raya masa kecik dahulu. Teringat dulu masa zaman bebudak hari raya adalah hari yang paling aku nanti-nantikan. Memang tak sabar bila dapat gi bandar melaka untuk beli baju baru, kasut baru memang seronok sangat. Maklum le baju baru and kasut baru hanya accasion setahun sekali bila time raya aje. Time2 nak dekat raya tu mula le Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa tu jam sebab sibuk orang kampung membeli belah. Zaman dulu mana ada shopping komplex ni hadek-hadek. Kalau ada kedai2 kain baju kemboja yang banyak kat Bunga Raya nun. Kat situ le jugak mak ayah belikan pakaian kami adik beradik. Maklum le kami ni orang kampung buta brand dah dapat baju baru tu seronoknya memang tak terhingga. Kalau boleh dari hari beli tu nak try samapi le dapat pakai masa hari raya.

Zaman dulu malam2 bulan puasa sangat meriah. Selain dari beramai-ramai berjalan kaki ke masjid untuk terawih ada jugak malam2 yang ada sesi bermain bunga api dan meriam buluh. Aku sempat lalui zaman2 meriam buluh masa sekolah rendah. Tokey meriamnya siapa lagi kalau bukan sepupu2 aku yang lelaki. Berlawan2 diorang meletup kan meriam masing2 sampai kekadang bila letupan yang kuat sampai bergegar kawasan dibuatnya.

Kalau hari cuti sibuk pulak tolong mak buat kuih raya. Memang rajin aku membuat kuih raya. Tapi kebanyakannya kuih traditional. Kuih bijan, kuih bawang, kepek pisang, lidah buaya, kuih siput, sarang semut, kuih belanda. Zaman-zaman tu london almond pun belum wujud lagi. Time tu cam berlumba-lumba plak ngan kengkawan. Berapa jenis kau buat kuih raya tahun ni. Memang seronok. Since dalam family aku yang paling rajin selalunya dengan volunteernya aku offer diri untuk mengecat umah. Sorang-sorang pun aku jadi. Lepas cat umah cat pulak batu pasu mak. Pasu cat kaler merah batu pasu cat kaler putih berseri laman umah mak. Sehari atau dua hari sebelum nak raya malam tu sibuk dah tukar langsir dan tukar sarung kusyen. Kusyen zaman dulu yang jenis rotan tu kerja kami adik beradik le tu.

Tapi zaman itu semua sudah berlalu. Dulu2 time nak berbuka dah tak sabar dok mengadap kat meja tengok aje makanan rasa mcm nak suruh azan time tu. Ni dah tua-tua ni nak berbuka masih sibuk dok masak dan siapkan hidangan untuk hunny berbuka (iye harihari mek memasak untuk berbuka). Dulu nak dekat raya sibuk tolong mak buat kuih sekarang dah nak dekat raya kuih raya pun tak nampak lagi infact lom fikir lagi nak beli ke tak.

Kesian anak2 tak merasai zaman keindahan dunia kanak2 berpuasa dan berhari raya di kampung. Kalau boleh aku nak kembali ke zaman itu zaman yang aku sibuk2 isik minyak tanah dalam pelita. Sibuk2 berlari ngan kengkawan sambil bertelekung untuk berterawih. Sibuk2 tumpang sekaki menguli tepung membuat kuih raya. Sibuk2 beramai2 tunggu depan tv menunggu pengumuman Hari raya. Siap betting lagi..zaman dulu kan memang style tengok anak bulan.Kalau confirm raya siap melompat2 menjerit riuh rendah satu umah...yeeaaahhhh esok raya yeeeaaahhh yeahhh esok raya...

Till then

6 comments:

ikan said...

nak nangis aku baca entry ni....

aku tolong mak aku 'pukul' telur and gula nak buat bahulu lapis... satu besen besor i tell you... lepas sahur sampai dunia terang! and then aku tukang satu jem.

meriam aku tak main... adik bungsu pompuan main bunga api jek... iskk..

zino said...

beraya zaman dolu dolu memang meriah.. boleh main mercun bunga api.. buat pelito buloh.. pasang unggun tempurung dan sebagainya.. ehh tak boleh nak cakap la.. hehe

cikdinz said...

dah ingat raya dah...

ya2 said...

sama la mcm aku dulu.

masa kecik2 mak ayah aku bwk kami beli bju raya kt madam king tu, g shopping kt kmpg jawa nun.

aku pun dulu suka main bunga api n mercun.sampai koyak kain sbb lari sakan.

mmg la anak2 kita x rasa mcm kita rasa dulu kan..

hayad said...

nampak kita ni dah sangat je plak bila2 teringat zaman bebudak dulu,hehe

PerantauSepi1306 said...

ye la zirap.. aku pun sedey je baca entry ni.. terigt jaman kite kecik dulukan... best dan meriah je raya.. nak-nak bila kena tolong mak bakar kuey tat nenas.. uiiiiii terleleh air lior dok baunye.... neway aku try gak kembalikan jaman nostalgia tu kat anak aku... tu yg gigih gak dok pasang lampu lip-lap kat umah ;p