Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada sahabat taulan, rakan blogger dan juga pembaca setia Kopisuam. Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari kalian semua andaikata ada tersilap kata tersalah bahasa secara tidak sengaja selama saya berblog disini. Juga terhadap teman-temanku specially geng kurik kendi andai ada termakan terminum secara tak sengaja mahupun sengaja al-maklum hidup kita sentiasa bergurau senda harap dapat dihalalkan dunia dan akhirat. Saya juga telah memaafkan sahabat2 sekelian jika ada kesilapan dengan saya. InsyaALLAH sama-samalah kita membesihkan hati dalam bulan yang mulia ini

Sempena syawal yang bakal menjelma ini sama-samalah kita meraikannya bersama keluarga. Peluang yang ada ambil untuk bermaaf-maafan sesama kita. Eratkan silaturahim sesama kita kunjung mengunjung sanak saudara. Jika memandu pulang ke desa berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan yang betul bersama keluarga. Syawal dan raya adalah masa untuk bergembira. Jangan jadikan ia sebuah tragedy dan bencana.

Jika berkelapangan dan berkesudian jemputlah beraya dirumah bonda hamba. InsyaALLAH kami sekeluarga tahun ni beraya di Tangga Batu Melaka. Andaikata kalian dah tersampai Melaka jangan malu2 calling2 saya 0193714425 inilah masa kita nak bersua. Dari Melaka ke Muar pula berhari raya dirumah mentua. InsyaALLAH bergerak raya kedua. Kot tersesat ke Tangkak, Bukit Gambir Serom, Kundang Ulu dan kawasan sewaktu dengannya sekali lagi calling2 la ye. Boleh kami jamu dengan makanan jawa yang istimewa. Harap raya tahun ini semua gembira. Harap raya saya juga raya yang bermakna.


Selamat Hari Raya Maaf zahir batin dari kami sekeluarga

Azira Mohamd Amin – Kopisuam
Ishak Saban – Hunny Bunny
Irdeena Maisarah – Kakak
Muhammad Ilman Abqaary - Bobot

11 comments:

saya said...

selamat hari raya maaf zahir batin semoga selamat diperjalanan.. amin.

cikdinz said...

salam aidilfitri.
maaf zahir batin.
hati-hati di jalan raya.
jemput lah singgah seremban...

Anonymous said...

selamat hari raya to u too.. maaf salah silap, halal makan minum.. jumpa di kurik kendi raya insya allah

edrina said...

selamat hari raya zira.. maaf zahir & batin.. have a safe journey. aku raya kat kl sajork

Tukang Campak said...

Selamat Hari Raya, insyaallah jumpa la kat mana2 open house kengkawan nanti. Drive elok2 ye balik kg...

Anonymous said...

Zira,
Selamat hari raya. dan selamat pulang ke kampung , selamat juga kembali bekerja. Maaf zahir batin

ikan said...

pn kopi, en.hunny, kakak n bobot..
moga bergumbira dihari raya ini..

jemput dtg senggarang, iman tunggu

maaf zahir batin

zino said...

selamat hari raya maaf zahir batin..

KV said...

ks, salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

david santos said...

Really beautiful photo!!!
Congratulations!!!

Ayu Mohamad said...

selamat ari raya zirap..
nanti aku emailkan tarikh baru utk kite nya open house yeee