Thursday, September 25, 2008

Seloka - Aura raya

If you ask me about my raya preparation, my answer is nothing extra ordinary this year. My raya mood is still hiding someway. My holiday mood is still not there. I just bought one red baju raya to wear. Still I don’t have mood to shop for my kids anywhere. I just bought 5 types of kuih raya. I just wonder what’s wrong with me dear. I’m still looking for aura raya. Oh aura please comes here.

Duit raya belum tukar lagi, baju pun tak kemas lagi. Rumah masih sepah sana sini. Kalau Saturday cik abang cuti, then InsyaALLAH tomorrow afternoon kami memulakan cuti, gerak balik kampong petang hari supaya tak sangkut sabtu nanti.

Cita pasal raya teringat dodol, lemang dan rendang. Agaknya tahun ni bakar lemang lagi ke sambil bersembang. Jadi ke kacau dodol bergantang-gantang. Tapi kalau mood raya pun tak datang, bukan setakat dodol dan lemang, rendang pun malas nak pegang.

Baru aku tahu punca, semalam dengar berita. Ingatkan minyak banyak turunnya. Setakat seposen tak payah pun tak apa. Rasa tertipu lagi ada. Cakap beria-ia suka sangat bagi harapan palsu pada kita. Apo nak dikata, pemerintah zaman ini lebih penting poket mereka dari rakyat jelata. Patut le aura raya aku ntah kemana. Frustrated rupanya.

Raya oh raya kau datang setahun sekali. Bergembira anak-anak riang sekali. Balik kampong jom ziarah menziarahi. Pulun makan kuih raya sampai kembang bodi. Tapi aura aku mana dah lari. Poket cam kempis aje tahun ni. Kalu tak bagi duit raya adakah aci?

Aku nak raya macam masa zaman bebudak. Main bunga api main meriam lawan tembak-tembak. Meriah satu kampong havoc mak bapak. Sana berkokok sini berteriak. Jangan sampai putus tangan jari tercampak. Tapi aura raya aku masih tak nampak. Iskhh adakah sebab anak bulan dah nampak.

Raya dirai si miskin si kaya. Dalam dok bergembira jangan lupa yang sedang berduka. Pulun kuih raya jangan sampai tak hengat dunia. Ketupat rendang makan ala kadar aje. Kalau kolestrol dah naik sendiri merana. Silap hari bulan beraya di pusara.

Aura rayaku kan tiba jua. Cuma mungkin belum tiba waktunya. Mana tahu malam nanti bila langsir baru tiba. Aura menjelma dengan segera. Tapi sengkek nak bayar upahnya. Nak cantik umah punya pasal poket kempis pun tak de halnya. Kalau dah pompuan tu pompuan lah juga.

Seloka raya sampai disini. Lain kali cerita ceriti. Madrem raya tak muncul lagi. Rupanya puasa ada 4 hari. Pulun sangat nak raya tak perasan Ramadhan dah nak pergi.

5 comments:

DeLinn said...

zira

even tho ko tarak mood nak beraya, ko kena pk kan anak2 ko, raya setahun skali beb. Baik ko usahakan jugak utk memeriahkan raya ko dan jugak anak ko, hehe

Anonymous said...

zirap.. aku pun takde mood nak raya this year.. and ko caya tak aku tak amek cuti pun on raya eve... izam bengang jek.. aku kate malas la... malas nk sebok2 buat persiapan raya.. dh jenguk bapak everyweek.. adik beradik awak mana ada yg blk? asyik2 muka kite ngan abg hamdi jek.. yg lain bkn jauh sgt pun.. plak tu thn ni turn sume raya kat sijangkang.. aku malas.. adakah aku merajuk? aku pun tak tau.. mabbe aku sedey sbb since arwah mak meninggal anak2 cam abaikan bapak.. jarang nak jenguk.. dlm mood takde ni, baju raya anak2 aku dah siapkan la..

Kopi Suam said...

baju raya untuk ank-nk dah siap..aku rasa mesti aku buat last minute shopping kat melaka nanti...

ezzah kalau sokmo muka kita aje yang ada bosang jugak kan..aku faham apa yang engkau maksudkan...

edrina said...

aku dah mood raya neh.. tapi coti belum approved lagiks neh..camno tu? huhuhu

Zareda Norman said...

kesian kat anak anak.. bagilah depa rasa kemeriahan aidilfitri supaya bila depa dewasa nanti, ada sesuatu untuk dikenang