Facebook menemukan aku dengan pak din dan juga menemukan aku dengan Atin anak cikgu Saleha coach kami masa netball peringkat negeri (berdiri first dari kiri). Welcome to my blog Atin. Pak Din Classmate aku sejak darjah satu sampai darjah 6 di Sek Keb Kg Gelam Melaka. Dia ketua pengawas masa kat sekolah dulu, Zila penolong ketua pengawas iye Zila UUM tu yang main netball tu aku dan dia satu sekolah masa sekolah rendah, Dia adalah pak Din budak sekolah Jenan. Elin mesti kenal. Lela and Morque apa lagi sebab diorang selalu dok bercerita pasal Pak Din kat aku. Apa kaitan aku dengan Morque tetiba aje nama dia keluar kat blog aku ni ceh…heehh heeh itu kisah lama.
Ajaib sungguh FB ni kan menemukan insan2 yang telah jauh hilang dari dunia kita. Aku yang dah tak jumpa Pak Din hampir 21 tahun bayangkan kalau anak dara tentu dah boleh berumahtangga. Tapi dia berseloroh dengan aku ibarat kami baru seminggu tak jumpa. (pelik bila panggil dia Pak Din) We used to call him Rizaludin. Dia anak cikgu Rahmat ayah dia pengetua dan dia memang budak pandai dan sangat terkenal kat sekolah. Cewaahh tentu dia kembang kuncup baca pujian melangit aku ni tapi tu kisah masa sekolah rendah, aku kagum ngan dia sebab dia selalu dapat no 1-3, aku selalu dapat no 8-14, penilaian dia dapat 5A tapi aku nganga hanya dapat 1A 4B. Mungkin B tu markah aku 84/100 kot instead of 85 yang membolehkan aku dapat A. Harapan palsu pada diri sendiri waktu itu… kesian aku kan heeh heeh..itu citer lama.
Aku rasa mcm pelik dan janggal bila dapat berinteraksi dengan kawan2 yang terlalu lama tak jumpa yang aku kenal masa sekolah rendah tak reti macam mana nak mengexpressikan penulis aku dengan dia. Aku mulakan dengan ayat “kau dengan geng2 kau kan selalu ejek aku petai petai masa kat sekolah” ayah aku jual petai dari dulu kini dan selamanya. Dia gelak2 haahh aku siap dah lupa orang ejek kau petai masa kat sekolah. Nampak sangat kau dah tua Pak Din..aku rasa mimi (Azmi Ahmad) or Zaidi Yusuf atau Mat Nor tak mungkin lupa ejekan itu sampai bila-bila. Itu citer lama.
Pak Din kata jom kita buat mini gathering aku kata mana aku nak korek budak SKKG yang lain ni. Dalam senarai aku yang mampu aku hubungi hanya Suzi, Pak Din, Zila, Mat Nor dan Izan yang lain MIA. Kalau korang budak Sek Keb Kg Gelam Melaka tahun 1987 kelas 6A atau ada sedara mara yang sekolah kat situ tahun tu kelas tu atau kawan2 yang ko kenal sek situ kelas tu tahun tu boleh le kontek aku yek. Aku nak jadikan mini gathering kami satu kenyataan.
Till then
Wednesday, September 03, 2008
SKKG Kelas 6A 1987
Lega sket bila dia kata nak bagi 0.45% gaji sebagai bonus pertengahan bulan ni. At least something daripada tak ada langsung kan. Itu aje portion yang aku ada untuk di distributekan sebagai duit raya. Selamat berpuasa kat korang aku dah raya sib baik lepas solat terawih malam tadi. Itu citer hari ini
Dari kiri :
Zila, aku, Rahimah, Noraini, Olin, Ayu, Zaida, x ingat, Netty and Marfizah
Gambar netball Johan Kebangsaan 1987
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




9 comments:
wahahah sangat nostalgia kan.. best nyer kau dapat jumpa balik kawan2 sekolah rendah.. aku langsung tak jumpa sesapa huhuhu..
salam perkenalan,
seronok pulak baca cerita2 kat sini.
Link boley?
;P
Ayorkk... malu siot... tengok gamba lama... zira kita ni pun lama tak jumpa.. singgah umah kalau gi shopping kt nilai3/nilai square... oklah.. jom mini gathering kt kg gelam raya ni...
Ed,
iye sangat nostalgia sekali buk...heeh heeh
miim,
dialu-alukan...sila sila jangan malu-malu..
Zila,
ko bio betul aku malu-malu kucing sebab lama giller tak jumpa ngan dorang sumer heeh hehh boleh jugak..nanti kau sms aku no hp kau..at the same time try le kontek geng yang lain yang kau still in touch. Carik pak din kat facebook aku atau elin..
zirap.. memang best kan FB sbb dapek jumpa geng lamo masa skool... btw, yg olin tu skolah menegah kek mana yek? masa kat stf dulu ada gak budak nama olin tapi tak hengat kg dia mana...
btw zila dok kat nilai3kah.. lorr punye dokek yo ngan tempat aku tuh.. meh la umah kau gak.. (mahap zirap.. gunakan blog ka plak wat jejak kasih)
heheheh... cute ah fashion rambut zaman tu...
zirap,nko kecik2 dah posing ganas.. nko tgk zila duduk camna...hahahha jgn marah...gurau jek
oh zila... i miss you....
Syd,
Olin ni sekolah Tunku Jaafar jadi memang salah le olin kamu tu heeh heeh..Hah ahah Zila dok nilai..kau dokek singah2 le umah dia..
DD,
Dah selamat ke makcik heehh heehh
memang le aku kena brutal aku main GK (Goal Keeper) kalau ayu ayu cam zila macam mana nak jaga pintu goal nanti.
oh ya baru perasan kebrutalanku terselah masa main sukan aje..masa lain2 mek cool apa heehh heeh
Zira..
Alhamdullillah.. dapat jugak bonus raya ekk.. aku nie... tataul.. sunyi sepi aje.. malappp bebenor..
facebook memang baguss... aku setuju bebenor, dapat jumpa geng2 sekolah & masa uni dulu...
kalau boleh kumpul semua geng dalam gambar tu best jugak tu.. banyak kenangan lama boleh di ceritakan semuala..
zino juga jumpa sedara dalam blogpot ni hehe cuba teka siapa.. hehe
Post a Comment