Sah aku manusia biasa kalau tidak tentu aku tidak lupa, tidak lalai dan tidak perlu untuk diingatkan selalu untuk melakukan perkara yang sentiasa betul. Kelas malam tadi buat aku tersentak . Tiba-tiba aku rasa mcm baru bangun dari mimpi yang sangat indah tapi sebenarnya mimpi itu sangat ngeri sekali. Kami belajar kitab Minhajul Abidin bab kedua tentang Aqabah - Aqabah Taubat. Tekun aku masa ustazah menghurai satu persatu maksud dalam kitab jawi yang halus2 tulisannya itu. Sambil telinga mendengar butir yang dihuraikan sambil fikiran merawang jauh tentang dosa dan taubat aku selama ini. Ya ALLAH semoga Kau menerima segala taubatku selama ini. Wei aku bukan baik pun...hari-hari buat dosa dah nama pun aku ni manusia biasa, insan yang lemah, serba kekurangan tidak beriman lagi jahil maka pasti aku gerun sekali bila memikirkan tentang huraian samaada taubat aku itu diterima atau tidak berbanding dengan banyaknya dosa-dosa yang aku lakukan.
Lepas kelas kami berbincang lagi, kali ini ustazah huraikan sifat marah itu punca segala penyakit. Aku terpukul, memang sah aku walau tidak sebilang masa tetapi boleh marah secara tiba-tiba. Aku mengaku perkara itu pada ustazah. Sekali lagi aku merasa gerun, marah pergilah kau jauh2 dari diri ini. Aku tak mahu penyakit, kalau umur aku pendek tak mengapalah tidak menyusahkan orang tapi jika umur panjang sampai tua aku tak nak susahkan anak2 membela aku kerana ada penyakit. Memang tak pernah aku lupa untuk berdoa kepada ALLAH supaya buangkan segala sifat marah yang ada dalam diri.
Balik rumah selepas lepas solat isyak aku buat solat taubat, aku terpukul dengan ilmu yang aku perolehi di dalam kelas malam tadi. Takut, gila kalau aku tak rasa takut dengan peringatan yang aku dapat malam tadi. Sempat juga aku mengaji dua tiga helai muka surat walaupun mata dah mengantuk sampai berbalam2 aku melihat ayat2 suci tersebut. Marathon Al-Quran harus aku teruskan.
List marathonku sudah bertambah satu. Masalahnya istiqmah dengan ibadat ini memang sangat besar cabarannya.Maka hendak berperang dengan nafsu diri sendiri itu memang maha hebat...sebab itulah berjuang berperang dengan nafsu sendiri dikira sebagai jihad fisabilliah. kalau korang tak percaya korang boleh cuba mulakan dan aku memang banyak kali gagal dan sampai sekarang pun aku masih gagal berperang dengan nafsu sendiri. Gagal untuk sentiasa consistance dalam ibadat. Susah sekali nak ikat nafsu untuk tunduk kepada arahan kita sebaliknya sebilang masa kita yang kalah dengan kehendak nafsu
Walaupun mengaji aku boleh buat dari dulu sampai sekarang tapi ada juga masa2 aku ni macam lampu kelip2 kejap terang kejap malap dah nama pun dari golongan awam. Susahnya nak istiqamah supaya lampu itu sentiasa terang benderang seperti Rabiatul Adawiah.
Mungkin kita semua perlu ada list marathon kita sendiri (selain dari ibadat2 yang wajib kita lakukan)and may be aku juga boleh listkan marathon aku sebagai peringatan untuk kita semua termasuk diri aku yang kejap terang and banyak malap ni.
1. Marathon Ilmu - menuntut Ilmu tentang agama adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.(bukan setakat tahu cara nak sembahyang aje kena menyeluruh dengan ilmu feqah, tauhid, tasaauf, usuliddin, Al-Quran) semuanya kita kena belajar.
2. Marathon qadakan solat - Marathon paling utama mengqadakan solat2 yang telah kita tinggalkan sejak akil baligh atau yang kita buat tapi kita tak belajar cara2 bersolat yang betul. (Ini pun wajib) kena mula dari sekarang selepas satu solat wajib kita tambahkan 1-2 solat qada. Sebab banyak yang kita nak qada jadi cukup solat itu sekadar melaksanakan 13 rukun solat dengan sempurna. Tapi kalau nak buat details sekali dengan sunat2nya lagi lah high class.
3. Marathon sunat - solat sunat - sunat awabbin/rawatib yang dibuat bersama solat wajib (senang faham solat kabliatan dan ba'diatan) - kalau istiqamah yang ni senang - keutamaan solat sunat subuh. Alah bisa tegal biasa
4. Marathon taubat - mengerjakan solat sunat taubat setiap hari (ini nak masuk dalam list aku ntah mampu ntah tidak...niat aje mcm bagus aku ni tapi insyaALLAH aku akan berusaha)
5. Marathon bangun malam - Solat Tahajjud, Qiamulail - yang ni pun aku malap tak mampu nak buat selalu...asyik sedap aje mata ni nak tido. Bila rasa nak buat baru buat..teruk kan.
Begitulah sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat kongsikan dengan korang. Mana2 yang korang rasa baik tu ambillah. Aku pun bukannya bagus dan pandai pun tapi mana yang aku rasa untuk kebaikan kita semua aku kongsikan bersama di sini. Tapi sebaik-baiknya korang berikhtiarlah untuk diri sendiri.
And pagi tadi sebelum subuh aku bermimpi ada orang yang memberi salam pada aku. Salam yang sangat jelas sekali...tapi bila aku jenguk depan rumah dan belakang rumah kelibat orang itu aku tidak dapat libat...wallahua'lam
till then
No comments:
Post a Comment