Wednesday, March 11, 2009

Untuk Amir Yusuf

Dipanjangkan dari blog rudy.
Dan untuk Fajar sekeluarga semoga mereka tabah menghadapi dugaan ALLAH.

Al-Fatihah untuk Amir Yusuf

Kepada yang bermurah hati bolehlah sama-sama memberi sumbangan kepada fajar bagi membantu mereka dalam urusan ini.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


* kredit foto Fajaril.net & izani.co.uk

Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan;
Fajar sekeluarga. Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. InsyaAllah semua sumbangan akan disalurkan terus kepada Fajar melalui akaun banknya. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

1 comment:

ikan said...

al fatihah untuk berita menyedihkan ini....

zira, izani itu schoolmate aku zaman mrsm, juga schoolmate ezzah zaman men rendah...