Thursday, April 16, 2009

10/11 peranan bapa

Pagi tadi on the way nak ke opis sempat dengar ustaz Zahazan berceramah di radio IKIM. Bukak pun dah tengah-tengah siaran tapi aku dapat tangkap satu intipati yang aku rasa agak sgt penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Dalam quran 11 dari ayat tentang nasihat dan didikan anak hanya satu aje yang melibatkan ibu iaitu di dalam Surah Maryam, 10 lagi adalah tentang peranan bapa yang telah ALLAH tetapkan dan kebanyakan berkisar tentang Luqman Hakim. Jadi dari perbandingan ini apa pengajaran yang ALLAH nak sampaikan kepada kita?

Maknanya kita harus tahu betapa besarnya peranan dan tanggungjawab bapa terhadap mendidik anak-anak. Now baru aku tahu betapa besar jurang peranan yang harus bapa main kan dalam kehidupan anak mereka berbanding ibu. Sebab selama ini nampak macam banyak peranan berkaitaan didikan nasihat terhadap anak-anak lebih banyak dimainkan oleh kaum ibu. May be tak semua orang macam ni tapi ini berkisar sekitar kehidupan aku dari kecil sehingga sekarang hingga ketika aku sendiri sudah bergelar ibu.

Jadi harapnya jangan le kaum bapa melepaskan segala tanggungjawab berkaitan didikan anak-anak ini sepenuhnya kepada si ibu. Sedangkan dalam Al-Quran pun ALLAH telah tetapkan siapakah yang lebih berkeutamaan dalam mendidik anak-anak. Siapakah kita untuk mempertikaikan hal ini.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan"

Till then

1 comment:

rudy bluehikari said...

amat amat setuju! tapi tetap anak gi usung rehal n mukaddam kat maknya..... sambil tot tet tot tet..papa garanggg...terus sentap ahahahahahahaha~