"Cuk ngit kau na"
Pucuk dilangit akau (akar) di tanah.
jangan marah aku yek sebab jawapannya mcm tak logik tapi ni le teka-teki yang ayah pernah tanya masa aku kecik2. Aku rasa makwe pun tahu jawapannya....so jawapan kenapa hangit tu tak boleh diterima pakai namun telah berjaya membuat aku ketawa terbahak-bahak thank you heeh hehe.
pulun sakan..kenyang banget...baru habis unit meeting. Mana taknya macam-macam food. Macaroni goreng,meehun goreng, pulut kuning with rendang ayam, kek, sandwich, karipap sardine, fruits, cream caramel....patut pun my ex boss tegur semalam said that I put on weight. I admit that. Sekarang ni belasah semacam, semua benda rasa nak makan aku telan aje tak de pantang heeh heeh memang heaven pun tapi siap le bila time nak menurunkan berat badan nanti. Boss did discuss pasal structure baru tadi. Hmm anak buah aku nampaknya semakin bertambah. Hmm bersedialah dengan kerenah2 yang pelbagai :). Apa-apa pun semoga semuanya berjalan lancar specially part2 kerja yang semakin mencabar sekarang ni.
Mesti ramai yang dah tahu pasal Dividen yang diumumkan oleh bank Rakyat baru-baru ini. 15% with additional 5% untuk pelabur yang dah melabur melebihi 10 tahun (aku tak dapat that 5% portion sebab baru 8 tahun). Alhamdulillah walaupun 15% aje tahun lepas 20% tapi syukur rezeki tu siapa nak bagikan. Senyum sampai ke telinga lagi. Aku dah pun pergi collect habuan aku heeh heheh tak jolly pun top up ASB nak reach target. Cik abe lagi le boleh senyum sampai nampak semua gigi, dividen dia dapat tu lepas duit untuk buat haji siap dengan belanja sekali. Sekarang dok tunggu dividen yang akan diumumkan lagi dua buah koperasi ?(bank persatuan and koop company) harap2 reach lah target aku 10% untuk both saham...amin
Ada yang tanya pada aku tentang buku pengurusan kewangan yang sesuai untuk dibaca. Banyak buku dipasaran semuanya bagus2 belaka. Kalau nak ikut, method yang aku guna ni method zaman batu may be tak sesuai dengan semua orang. Tapi kalau yang tanya tu baru mula kerja baru start pegang gaji belum kawin tak banyak komitment maka method yang aku buat is kumpul duit sebanyak mungkin dari start mula kerja, then buat study and research market, pilih investment yang bersesuaian (ASB, IPO, Unit trust, property, koperasi atau start small business) memang sgt boleh diguna pakai yang penting modalnya kenalah ada. Ada juga orang yang boleh buat investment dengan air liur tu method lain lah mcm buat pinjaman dari bank dan invest yang ni medium risk. Yang penting disiplin, ukur baju dibadan sendiri, biar tak bergaya tapi kantung penuh sentiasa yang penting hutang clear. Sebab aku ni low risk investor jadi tak de le jadi jutawan tapi setakat mencapai kebebasan kewangan tu memang on track la.
And mesti ramai jugak yang dah tahu dan terkejut tentang berita terkini Azilah dan Sirul yang didakwa mengebom mati Altantuya dihukum gantung sampai mati selepas beberapa lama kes ini ditunda wallahualam. Apa yang aku fikirkan mungkin tak sama dengan apa yang kamu fikirkan....wallahualam...
till then
2 comments:
siapa buat jahat dia kena tanggung akibatnya...
cu ngit kau na maknanya cucu senik kau nak?
seronok nengok org pandai menyimpan nie ;D
hmmm tiba2 je kan setelah berkurun lama dibicarakan kenapa baru la ni???
Post a Comment