Semalam aku, chombie, norm and nora kami melawat Pinky di PPUM. Lega dah dapat tengok makcik tu boleh sengih-sengih sambil menahan kesakitan perutnya. Pinky dah ok tapi sembab2 tu masih jugak kelihatan..dari hospital Kajang rupanya dia ditransfer ke PPUM. Dah selamat dioperate Jumaat lepas. Baby tak cukup bulan infact tak sampai 7 bulan pun berat hanya 700gram aje...doctor tak nak tunggu lagi may be sebab takut merbahayakan keadaan pinky. Tapi so far condition baby ok..nurse kata baby dah menangis, doctor masih letak baby dalam bekas yang ada air dan ditutup supaya condition masih macam dalam keadaan dalam perut ibu..Sebab belum cukup 7 bulan (lagi 6 hari) so baby tak boleh diberi susu. Tapi dari apa yang hairi cerita lepas ni baby akan diberi susu yang harga RM1200/tin. Pinky pun belum dapat tgk baby dia lagi.
Pinky walaupun dalam kesedihan tu gelak2 lah bila chombie asyik buat lawak. Chombie dok tanya bila pinky nak bersalin padahal orang dah citer dah pinky dah kena operate. Apalah ko ni akak. Dah le nak kena ulang2 citer pasal norm ngan nora samapai dulu dari kami. Hairi yang kebetulan ada kat situ time tu pun tumpang sekaki gelak2 dengan gelagat kami...iskhhh havoc lah makcik wokz ni..dimana-mana saja havoc...kan hospital pun leh buat lawak mcm bukan rumah sakit....
Pinky pun tak sabo2 halau kami balik..hahah hahah sebab asyik buat lawak makcik tu banyak ketawa....tak tahan perut dia...last2 kami beransur dan menuju ke Rak Thai...perut aku memang lapo giller time tu...actually gi makan nak sambung sembang pasal bandung...last2 sembang pasal lain le pulak..
Apa apa pun semoga pinky dan babynya cepat sembuh dan cepat balik umah...geng2 lain yang nak melawat pinky call dia dulu...aku rasa dia dah ok dan dah boleh keluar hospital bila2 masa. May be korang boleh melawat dia kat umah nanti...
till then
1 comment:
Zira,
Bb Girl ke Boy..Ada sesapa nak p tgk dia ka nnt, calling calling le ye...
Post a Comment