Wednesday, May 20, 2009

Day 1 - KL-Jakarta-Bandung

Peh ala-ala travel ke US siap ada transit2 gitew. Pagi tu kami berkumpul di LCCT. Seperti yang dijanjikan jam 7.00 a.m konon nak berkumpul..Aku bertolak dari melaka pagi tu jam 6.00 pagi tapi disebabkan hujan lebat giller kenalah bawak kete berhemah sket..kete pijah sampai dulu kemudian aku tiba then baru le kete norma tiba itu pun jam dah 7.40. Kesian Ila yang dah tunggu kami lama.Hehh heeh masa kami dok tunggu norma yang lawaknya ada sebuah Unser biru yang dipandu oleh seorang mamat rambut panjang2 giteww..ala-ala style nak mengorat kami mak dara dan anak2 dara yang dok bersidai ditepi jalan.....ya ampun....curiga sungguh aku ngan unser biru ini...beria ia menontong keretaku dari belakang waktu tu kami nak gerak untuk hantar kereta ke umah Ila....haahh hahahah rupa2nya izam laki ezzah....hahah hahah ya ampun izam...aku nak tergelak beso part tu.

Sungguh ceria kami semua

dimana norm and achik waktu ini?
kamera siapa yang ada gambo aku ni...
ni kamera aku ada gambo depa sahaja...

Didalam Coster yang memuatkan 11 orang kumpulan kami.
Tahu ajelah bila makcik wokzs ini sudah berkumpul dimana-mana sahaja pasti akan berlaku kekecohan, dalam flight pun gitew sehingga ada incident cuba mengontrol flight juga berlaku sewaktu kami balik hu hu hu. Flight kami terpaksa landing di Jakarta dahulu sebab cuaca buruk dibandung ketika itu. Maka transit kami selama sejam didalam kapal terbang sahaja sambil melayan suara tangisan anak2 waduh kecoh sekali.
Baru tiba...yeahhh......

Tiba di Airport Bandung Pak Supir (Pak Dardan) sudah menanti dengan kami dengan Coster. Banyak sungguh perubahan yang berlaku pada Airport ini berbanding 5 tahun dahulu.
Sampai dibandung masing-masing sudah kelaparan. Perut hanya beralaskan nasi lemak AA yang tak berapa nak sedap tu. Jadi kemi ke restoran Masakan Padang untuk menjamu selera. Nama restoran aku dah lupa (simpang Raya).. tapi makanan sedap banget..mungkin sebab kami kebuluran sungguh waktu itu. Penangan pertama teh botol berlaku di sini.


Mangan dulu...
Lepas makan kami check in di hotel dahulu. Kami duduk di Progo Hotel. Masing-masing waktu ini sangat bertenaga selepas melurus-lurus badan seketika sebelum ke destinasi seterusnya...rumah Mode dan beberapa FOS yang berdekatan. Orang sangatlah ramai di rumah Mode...aku hanya melihat2 aje tapi ezzah dan pijah telah berjaya merembat beberapa barang....sambil menunggu yang lain bershopping aku pekena dulu Es blended kopi durian.


Di food court Rumah Mode
Selesai first round shopping...banyak jugak FOS yang kami jelajahi malam itu. Untuk aku sneak preview only...kami terus ke Karamba untuk mengisi perut dengan masakan Sunda....sedap wei....terima kash Pak Dardan yang bawa kami ke kedai makan yang sedap-sedap belaka.


Karamba...dinner time

4 comments:

ezz said...

yeeehaaaa.. zirap pun pantas jugak cuma x byk gambaq... :P

Ayu Mohamad said...

letak gambaq sajaaaaa cerita kemudian hahaha

Kopi Suam said...

ooitttt blog aku pun hang nak conqure jugak kaa.....heeennaaaa...

sabaq no...tak kan lari gambo dikejar....

Norae said...

fuhhh.. dasattt hang... sempat hupdate awai2.. congratess..... aku mauuu gamboooooooooooo