Alhamdulillah 3 hari pertama aku di Bandung aku begitu gagah sekali tak de ada morning, evening or night sickness langsung...tu yang pulun semacam. Begitu gembira memberitahu kawan-kawan awat aku tak kena morning sickness ek. Masuk hari ke-4 baby pun mula bagi warning."Ok mama that's enough!"...haahh ambik ko penangannya..longlai aku hari keempat....tewas
Namun begitu kelonglaian hari keempat adalah disebabkan kegagahan kami membeli belah di gazebo.Ku kira kelonglaian aku juga disebabkan malam itu aku bersembang sakan ngan ezzah sampai jam 1.30 pagi...gilllosss... Gazebo lokasinya sgt dekat sahaja dengan hotel progo..maka pagi itu yang plan asalnya gerak jam 5.30 pagi akhirnya hampir jam 7 baru kami gerak berjalan kaki ke gazebo. gazebo ni hanya dibuka pada hari ahad, mcm pasar pagi la...kedai-kedai payung ala-ala down town tapi mcm2 barang ada dan sangat murah2 belaka dan kedainya banyak. Dan bila jam 8.00 tu memang orang dah penuh sesak pehhh memang nak jalan pun bersesak-sesak wei...lenkali kalau tahu mcm tu jam 5.30 kami dah terpacak di situ sebab tak puas nak membelek barang. (lain kali aku akan ke bandung lagi ke? hmmm mungkin cukup lah kot)
Di gazebo ni banyak jugak dijual baju2 branded mcm di FOS, kami berjaya jugak menuai specially ada sorang tu yg berjaya menuai baju kerja MNG yang sangat kelas aku juga teruja namun tiada size yang besar....iskhh harganya...waduh222...mcm tak percaya murah sgt2 murah banget, itu pun kawan tu tak sedar diri duit dah tinggai serdak-serdak hu hu hu. nasib baik ada ahlong ahlong yang sudi membantu.
Aku dah longlai pasai tu gambo pun snap ala-ala gitew aje dan tak banyak. Chombie the PTD unggul terpaksa pulang ke Malaysia hari ini kerana nak pergi kursus esoknya. Lepas hantar akak di airport kami ke destinasi seterusnya iaitu Chimpelas atau nama glamer Chi Walk...Confirm aku longlai sebab aku dah tak ingat apa aktiviti seterusnya selepas chi walk...memang flet abis time ni
Yang aku tahu 3-4 kali aku kuo masuk toilet muntah sebab perut masuk angin, tekak dah loya-loya nak muntah...badan dah letih dan lesu...dalam kereta pun dah tak larat nak bercakap...
Oh aku ingat kami dinner di kartika sari dan kawan-kawan memborong brownies...selepas tu kami ke mayang sari dan aku pula memborong brownies..selebihnya tenaga harus disimpan untuk pukulan terakhir bershopping pada hari esoknya sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Oleh kerana badanku sungguh tak larat, kaki memang sakit giller....aduss next time ke bandung diingatkan kawan-kawan untuk memakai sport shoes ok...maka malam tu aku membuat urutan untuk 3 malam berturut-turut... tukang urut memang power..tapi peh lega banget dan rasa ringan seluruh anggota badan...bersedia untuk penangan shopping yang terakhir.
6 comments:
Wanita dan shopping ni kan tak leh dipisahkan.. sakti camana pun gagahkan jugak badan
zira,
ya ampun, giler best aku baca entry ko dari ari 1st sampai hari last.kira makmur la para peniaga kt bandung tu sbb korang da tabur modal kt depa.haha..
nasib baik muntah2 tu kena last day, kalu x dah haru ko kan.
mana ada last day yaya.. tu hari 2nd last.. hari last zira bz kirai duit kt pasar baru lagi.. ahaks... ko baca entry ina lak yaya.. lg details
hahahahaha tak tahan ayat zira, kawan tu tak sedar diri duit dah tinggal serdak hahahahaha
hahahha.... aku shopping sakan kat gazebo tuhh sampai cik long terunggul pon boleh surrenderrr...
dalam dok surrender tuhh.. siap boleh pinjam RP50k lagi..
cayalaaa achik.. hang memang cik long terunggul
zira... kuat sungguh hang.. tangh dok membawa pun leh pi sopping sakan lagiks...
Post a Comment