Semalam lepas solat maghrib aku kerah anak-anak naik atas mengaji dengan addy mereka. Aku memang dah flet sangat dok berdiri lama nau memasak kat dapur. Datang le pulak mood rajin aku nak masak sebab malas aku nak bersesak2 kat bazaar ramadhan lagi2 kes H1N1 ni memang sentiasa membuat hatiku runsing...aku masak simple2 aje..ayam masak lemak ala kampung, bayam goreng dengan hati, kerang rebus, sambal belacan dan juga timun potong, ikan gelama masin goreng pastu goreng nugget sikit itu sahaja dengan sirap bandung muo (campur ais krim soda).Bestnya lauk simple habis nasik satu piuk masa berbuka...heheh heheh
Lepas solat maghrib tu aku pun lurus2kan pinggang...tetiba anak dara tu lari turun bawah nak mengaji kat aku jugak...ajar jugaklah dalam keadaan tersandar di sofa keletihan...habis ajar ngaji rehat2 sat sementara nak tunggu isyak tetiba aku dengar suara kat atas menjerit "mama tangan adik berdarah"...
tup tup sejurus Muhd Ilman berlari ke arah aku yg masih dalam telekung dengan darah yang banyak...hmm tu lah bahana main pisau addynya...malas mak nak story...cakap banyak pun tak guna. Bobot dah start menangis...darah banyak giller dia terpotong tangan dia sendiri jari telunjuk kanan...buat kerjalah kat atas tu...besar jugak luka tu..abis menitis2 darah dari kat tangga sampai le kat lantai. Bio dia rasa tak kena tak tahu..mama cakap pun buat dek aje kan selama ni tak dengo kan.Pisau tu memang konpom tajam sebab masa dia kena tu dia tak menangis..tapi lepas darah dah keluar baru dia nangis.
tolong uruskan yek yang anak awak tu...so addy dia turun iskhh org lelaki ni lambat no nak bertindak..terhegeh2 baru nak carik plaster la itu la ini lah...aku kata ambik ajelah dulu tisu tu lekatkan bio darah tu berhenti....darah anak tu dah penuh kat baju dia..aku sampai nak pening tgk banyak darah sgt sampai rasa bawak gi klinik aje lah, susah nau darah ni nak berhenti...tapi kena marah ngan cik abang aku...itu pun nak gi klinik sikit2 nak gi klinik...iye laaa kan....hahah hahaha..aku ambik ais letakkan tgn si bujang tu tapi dia kata sakit. Pastu addy dia lekatkkan tisu dan palster kan jari bobot. habis solat aku cuci sket luka tu letak ubat gamat pastu plaster kan.
Tu la pisau awak yang sepah2...aku dah berapa kali dah warning bobot jgn main pisau tu...infact dah dua tiga kali aku campak pisau tu tak bagi bobot jumpa...iskhh ni lah anak..ni lah bapaknya...sama aje dua-dua...kalau kita cakap pun bukan nak dengo..last2 dah jadi mcm ni...hahh pandai2 le belajar dari kesilapan..
Dua hari lepas bobot kena satu das dengan aku...ni pun kes dah banyak kali warning..aku kata jgn main train thomas atas meja solek mama sebab banyak perfume atas tu..tup-tup malam semalam nak jadi kes...dia main lagi kat situ perfume addy dia Bvlgary yang jatuh pecah berkecai..adus lah anak...sayangnya..dah le adddy ko pakai sesikit aje benda tu. iskhhh tu la..kekadang anak2 ni kita cakap time baik2 tu takmo nak dengo bila daha jadi benda2 mcm ni...hahah...ambik ko...lepas tu kta le yang penat...walaupun addy dia dah kemaskan kaca2 yang berkecai tu..tapi den biaso tak peh hati ngan kerjo ore lelaki ni...terbongkok sapu semula..mop lantai tu sebab kaca2 halus ni tahu aje lah..itu pun deena dah terpijak satu.





No comments:
Post a Comment