Wednesday, September 09, 2009

Menuai di bulan Ramadhan

Cerita sana sini ramai yang menanti surat dari pakcik LHDN..aku tidak menunggu malah tidak menyangka akan menuai di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Balik kerja semalam suruh deena ambikkan surat. Satu surat ASD untuk bobot..6.3% dividen tahun ini (mana deena punya tak sampai lagi) dan satu lagi surat pakcik LHDN.

Dalam hati terdetik surat apa ni..hati berdebar desas desus kat opis ramai yang kena bayar semula kepada LHDN siap potong gaji banyak lagi gara2 menjual dan float esos masa harga melambung tinggi tempohari....harap aku bukan dalam kumpulan itu. Bila buka sampul dan baca tajuk aku melompat kegirangan hehe heheh heheh...ribu jugak itulah rezeki ALLAH datang dalam berbagai cara...amin. Namun kena sentiasa ingat setiap rezeki yang ALLAH berikan pada kita sebahagiannya adalah hak orang lain. Jadi tunaikan lah hak kita mana yang patut selain dari mendapat berkat ia juga membersihkan harta kita.


Aku sedang habiskan dua buah buku yang aku beli tempohari. Curi-curi masa juga untuk membacanya. Banyak manfaat dan banyak ilmu yang boleh diceduk. Jadi kalau ada peluang belilah buku ini dan ambiklah ikhtibar dari setiap cerita yang dipaparkan. Jangan hangat-hangat tahi ayam aje sudahlah.



Update raya:

Kasut Crocs

Yang sedihnya aku nak bagitahu pada korang pasal order crocs tempohari...atas sebab2 teknikal yang tidak dapat dielakkan kesemua order yang aku buat tidak dapat dipenuhi oleh kawanku yang mcm nak rak turun naik ke China...kesian jugak kat dia...dengan itu order crocs tu terpaksa aku batalkan. Nanti kalau ada order baru masuk akan aku war2kan pada semua..minta mapun minta maaf pada semua. Punah harapan kami sekeluarga nak ber crocs raya ni...hehe hehe.

Stok kuih belanda.
Berita gembira pada yang masih nak order. Stok kuih belanda akan sampai Jumaat ini...tapi terhad untuk 20 botol yang pertama sahaja...


Daaa...

2 comments:

edrina said...

huhu sedih waaa.. hajat tak kesampaian haha

ikan said...

mek, kat mines ada crocs outlet store..(kompem ori sbb listed dlm web crocs mesia) harga pon murah you.. cuma tak semua model ada...
ada harapan beraya ngan crocs.. jgn give up.. cepat2 ke mine..heheheh