Salam Syawal buat semua..
aku dah kembali bertapa di opis. As usual bila cuti lama satu jam pertama memang kerjanya dok sort email aje lah...
Raya memang sakan walaupun dalam keadaan membuyung yang gaban. Oh sungguh tak hengat dunia..lebih2 lagi bila sampai2 aje kampung melaka. Makan confirm tak pantang..waduh-waduh selagi boleh pulun selagi selera berada di tahap yang menggembirakan semuanya aku telan tanpa segan dan silu walaupun kuantitinya amat terhad...sekejap aje dah termengah so tak leh le nak makan banayk2...ni cover balik selera yang hilang hampir 6 bulan tempohari.
Tetiba kau rasa perut aku boing...beso giller....tapi yang bestnya baju raya semuanya 4 pasang tu berjaya dilaramkan. Dan yang lagi bestnya baju kurung yang lama-lama pun masih muat. Ku kira preggie kali ni paksi X tidak mengembang perut aku aje menonong ke depan.. Aku suka banget kerana paksi X itulah yang paling payah untuk dikembalikan kepada tahap normal selepas bersalin nanti. Apa-apa pun jgn terlalu gumbira masih ada dua bulan lagi perjalanan paksi X paksi Y ini.
Apa-apa pun tunggu gambar2 kami sekitar hari raya....



1 comment:
salam zira..
selamat beraya sakan..hehhe
tanak buat acara potluck ker tahun niee
Post a Comment