Monday, October 26, 2009

Stress tau

Pagi tadi on the way ke opis aku gelap mata masa drive. Sib baik sempat slow down ke tepi..dah lega sikit terus ke despenseri...muntah beberapa kali kepala dah pusing sangat...doctor bagi MC but still aku kat opis ni sebab ada banyak benda nak kena selesaikan sebelum aku balik.

Cerita weekend baru ni...aku garang mcm singa..adalah atas banyak sebab selain dari sebab aku preknen dan hormon garang yang tak stabil.fehh life is really tough.

May be aku yang skeptikal kot. Aku kenal minah ni masa service kete baru ni. Nak betulkan indicator ABS dengan Passenger Air bag yang menyala kat panel meter. Adik ni memang frenly giller..lain macam betul keramahannya. Aku pun biasalah kan peramah jugak. Layan2 sambil dok sibuk mengadap laptop aku. Sempat jugak kami bertukar2 no phone. Selesai dia service kete aku masih menunggu...dia sms kata botol air Zhulian dia tertinggal dan minta aku bawakkan balik. OK..lagipun dia duduk bangi...bila2 ia boleh dtg ambik kat umah aku.

Sabtu baru ni dia sms kata nak singgah ambik botol. Aku ok sahaja. So petang dia tiba dengan dua orang kakak. Aku jemput masuk..tetamu kena layan..aku nak buat air dia kata tak apa..sebab baru aje minum.

Dia lagak mcm dah kenal baik ngan aku then tetiba aje cakap...kak saya ni nak promote kat akak beli pelapik tilam. Bagus kak lagi lepas akak bersalin fungsi pelapik tilam ni mcm bertungku. Aku gulp telan air liur hmm patut le beria nak dtg umah aku yek...nak promote zhulian rupenya..puas aku mengelak...rugi tak beli..ayo yo yo...air muka aku dah berubah dah..tak sukernyer tak suka..tapi aku tak tunjuk le.

pastu kawan dia nampak inhaler aku..oo asma ke...mulalah buka cerita pasal kawan dia yang asma sejak kecik...dia makan Byoung terus baik..aduhhh...tak sukerrnyer..ingat datang nak mengeratkan silaturahim..tapi kalau datang nak jual Zhulian ni aku memang tak boleh terima langsung la annoying sungguh...lagi2 dengan cara cam nak paksa2 orang.

Aku ckp aku tahu pasal zhulian ni dulu aku pernah jadi ahli kawan opis aku buat zhulian sampai pakai Harrier infact dah benti kerja tapi tak semua org suker..tak semua orng mampu nak makan byoung tu..RM500 lebih sebulan..kena ambik 3 bulan pulak tu...yang penting tak payah push2 la...kalau org kata tak nak tu....faham2 le kan...ni sempat lagi tanya benda lain, kak kat umah ada water filter tak pehh membara...

Sib baik mas jiran sebelah datang menyelematkan keadaaan. Kebetulan diorang parking kete blok sikit depan pagar mas, and mas pun nak keluar masa tu...so bila mas suruh diorang alih kete so baru le diaorang kata oklah kami nak beransur ni ada rumah lain yang nak pergi...

Aduh tolong le orang Zhulian jgn ganggu saya lagi...stress tau.

3 comments:

edrina said...

ish aku mmg pantang org paksa2 ni..tak suka!

Anonymous said...

eeee sbb tuh saya malas nak layan org yg tak dikenali tp terlebih peramah...pernah terkena sib baik kakak tuh jual avon jer...

org2 direct selling ni mmg selfish kan semata2 nak jadik kaya raya abess semua org dia push soh beli...

PerantauSepi1306 said...

erkksss... gue pun tak berkenan gak kalo camtu.. kira saspek gilers kat ko zira sebab leh maintain je layan depa tu...