Sunday, November 29, 2009

Al-Fatihah

Terkejut terima sms zai semalam. Macam tak percaya bila dapat berita Abang Li (Rosli Limat) telah kembali kerahmatullah kerana heart attack. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Rasa baru aje sembang2 dengan abang li sebelum aku cuti bersalin baru ni and yang tak terkejut tu sebab tak pernah dengar pun abang li ada sakit ke apa. Memang terasa sangat kehilangan abang li ni sebab aku selalu kalau ke NLDC meeting ke memang selalu dok melepak kat cubicle sebelah tempat dia. Moga-moga Kak Dal dan anak2nya tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Sedih juga tak dapat melawat arwah buat kali terakhir.


Pagi ni dapat lagi satu berita kematian. Atuk Said abah maklang gombak telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah. Semoga arwah juga ditempatkan bersama orang-orang beriman amin.

Hidup dan mati silih berganti dan mati itu pasti. Mudah-mudahan kita semua bersedia samada untuk menghadapi saat2 kematian mahu pun menerima ujian kehilangan insan2 tersayang disekeliling kita.

Al-fatihah

2 comments:

lupekanje said...

Al fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita...

takziah buat mereka yang ditinggalkan.

Sesungguhnya mati itu sangat hampir dengan kita. Kedatangannya tidak menjanjikan masa.

Kak anie said...

Al-Fatihah buat mereka yang pergi & takziah pada mereka yang ditinggalkan...semoga roh mereka yang pergi cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman...