Wednesday, November 18, 2009

Kertas Final Exam

Lately memang aku yang fetch anak-anak pulang dari sekolah. Musim hujan kan sekarang. Sementelah boleh jadi satu haluan walaupun jaraknya jauh sedikit kalau ikut tol kajang berbanding kalau aku lalu the mines. Tapi tak pe la selagi terlarat memandu.

Semalam kakak bawak balik semua kertas final exam dia. Dalam kereta jugak aku selak satu persatu markah yang diperolehi. Dalam hati alhamdulillah syukur walaupun revision kami tempohari memang buat ala kadar sahaja. Aku pun dah tak larat sangat and oso nak menyinga aje kerjanyakan. Maklum le tengah dalam keadaan sarat2 begini.

Dari 7 paper yang diambil 6 paper deena dapat 100% dan satu paper dapat 98% iaitu english..ralat jugak...feveret paper dia yang tak dapat 100 heheh heheh salah satu aje sayang sungguh. Walaupun bagaimana pun alhamdulillah...syukur dalam hati mudah-mudahan benda2 baik seperti ini berkekalan sehingga deena dewasa. Tapi aku cam biasa..mengikut petua orang tua pantang kalau memuji anak berlebihan dihadapan mereka. Aku just kata tahniah kakak good job and syabas. As usual anak aku minta hadiah yang simple2 aje...nanti kita beli masa beli barang sekolah. And aku siap cucuk kakak mintak addy dia belikan gelang kaki emas...yang harga 1K (dasar mama yang materialistik hu hu hu) heheh heheh.

Bobot masih belum bawak balik lagi kertas final exam dia. Tapi gossip2 dari deena kata he was also doing well masa final exam tu. Tapi bobot punya doing well tu mama nak kena tengok jugak report kadnya mcm mana. May be harini baru dapat report kad kot.

Tahniah anak-anakku semoga sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Amin

2 comments:

edrina said...

Tahniah Deena!! Well done!

Dia darjah berapa dah zira?

Amir Syafiqah said...

Pandai nye Deena, Tahniah.. Nnt darjah 1, kekal kan mcm tu lagi ye...