Hari ni last day kami di Melaka setelah hampir sebulan sejak Yusuf dilahirkan. Seronoknya kalau dapat melepak2 di kampong lama2 camni selalukan lagi-lagi kalau meleak di melaka aci gitew. By the way sempena cuti Krismas cik adun nikah di Melaka ngan pasangannya cik liza (another liza in muo family). Senang dia nak celebrate anniversary nanti tak payah susah nak ambik cuti. Kami dari umah mak lepas asar. Dekat aje umah pengantin pompuan ngan umah mak. Kira cam kampung sebelah Lima minit aje dah sampai sana dan terus berjumpa-jumpaan dengan kroni dari Muo di surau di Bukit Rambai.
Majlis nikah diadakan selepas asar tapi gedebuk gedebak 5.30 pun tak start lagi. Siap sempat hujan sekejap. Hujan rahmat yang turut sama mendoakan agar rumahtangga pengantin baru sejuk seperti hujan yang tiba2 turun dalam keadaan matahari yang terang benderang. Alhamdulilah selamat semuanya dengan dua kali lafaz..yang first tu suara cik adun perlahan pak imam tak dengor…Selesai majlis nikah kami dijemput untuk menjamu selera. Selepas makan-makan kami pun berangkat pulang ke parit tunggul. Mek tak dapat le makan beria sebab dah ada beg tangan mahal ni susah...lagi pun kalau baby ni payah nak passing baton...heeh heheh maka makan ajelah kuih yang diambilkan oleh deena.
Hahh hahah dah lama tak de baby ni cam kekok plak bila ada anak kecik kat majlis. Rasa cam tebatas sumer pergerakan....gambo pun ambik mana yang dana je ni :)
Semoga cik adun and cik liza berbahagia sehingga anak cucu...amin



No comments:
Post a Comment