Friday, January 29, 2010

Kelas dah bermula

Aku dah start semula kelas aku setiap Isnin dan khamis malam. So far aku tinggalkan baby kat umah dengan addynya alhamdulillah dia tido nyenyak dan tak ada masalah....hopefully aku istiqamah lah dan dapat datang kelas cam biasa. Tahu ajelah hati perasaan dan nafsu ni kalau dah penat tu mulalah berat malas berdolak dalih. Ni bila aku dah start kerja harap tenaga aku lebih boost la...sebab sekarang dalam cuti ada juga time nak curik2 tido dah kerja nanti memang confirm bertarung keletihan kelesuan dan segala tok neneknya. Memang aku dah jangkakan so aku kena mentally and physically prepared dari sekarang.




Semalam kami belajar hadis bab 24 dan 25 tentang fadhilat orang fakir/fukaraq dan fadhilat nikah/berkahwin. Kalau tak pergi kelas memang selalu hanyut specially hanyut dengan dunia aku la hanyut mcm2 aku ni iskhh terlalu banyak benda yang aku hanyut. Sekurang2nya bila pergi kelas ada peringatan untuk diri aku sendiri.




Bila aku utarakan niat nak buat haji tahun depan ustazah kata habiskan dulu pengajian kita ni. Bab fardhu Ain tak selesai takut tak dapat haji seperti yang kita inginkan. Semoga ALLAH panjangkan umur aku dapat selesaikan semua kitab yang sedang kami belajar dan dapat buat haji segera sementara tenaga masih kuat.

Kepada Geng kurik kendiku yang tersayang since ustazah tak menggalakkan aku buat haji next year InsyaALLAH aku, ustazah and geng ngaji kami akan gantikan dengan umrah. Kalau korang nak join sekali InsyaALLAH dicadangkan bulan 3 tahun depan. Harap2 tak clashlah dengan apa-apa event mak dan ayah sebab for sure kalau aku gi anak-anak nak kena tinggal pada mak. may be this time aku boleh fikirkan untuk bawa deena. Tapi kena tengok jugak kesesuaian masa..aku rasa may be this time pergi waktu cuti sekolah.

Bab 24 fadhilat fakir : Antara hadis yang dapa dipetik.

Sabda Rasulullah s.a.w orang fakir itu masuk syurga dahulu daripada orang kaya dengan 40 tahun. Sebabnya mereka telah terlepas dari perhitungan bab harta dan kekayaan.

Sabda Rasulluha S.a.w
Bermula akhir Anbia' masuk syurga itu adalah Nabi Sulaiman bin Daud a.s kerana kerajaannya dan akhir sahabatku masuk syurga adalah Abdul Rahman bin Auf kerana kekayaannya.
daaa....

4 comments:

Lee said...

Hi Lady, my bahasa sebelum Merdeka, minta ma'af....but what is kopi Suam?
Saya ta'pernah dengar ni or minum before, haha.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Kopi Suam said...

hi uncle Lee welcome to my blog...

kopi suam means the coffee is not too hot neither too cold...it's so so...hehh heheh

Anonymous said...

zira keep on update tis hadis 24. it is a good revision for me..h

Kopi Suam said...

InsyaALLAH :)...and lebih bagus kalau dapat join kelas sekali....confirm seronok