Monday, January 11, 2010

Time Management

Sementara aku masih bercuti ni pagi-pagi musim sekolah semua benda nampak dalam keadaan terkawal. Walaupun adakalanya terpaksa berperang mulut dengan cik kak yang bila masuk bilik air termenung. Pastu mandi lama-lama. Pastu bila nak pakai tudung berjam -jam awning tak tajam laa..tudung tak jadilah....huh hu hu anak daraku..mama dulu masa darjah 5 darjah 6 baru tahu nak pakai tudung cun-cun tau. Mau mama tak menazen pepagi "cepat kakak" nanti bas sampai.

Sempatlah aku menyediakan sarapan untuk anak-anak mengalas perut. Yang adakalanya buntu tak tahu nak sediakan apa. Dari roti dan planta, nugget, roti hot dog, nasi goreng dan burger. Samalah mcm masak lauk tengahari dah mcm tak gheti nak rotate lauk apa.

Pening memikirkan bila tiba masanya untuk aku mula bekerja tarikh keramat 2/2. Aku pasti keadaan akan jadi huru hara. Yang pasti bangun pukul 6.00 pagi mungkin tak releven kalau nak buat semua benda. Jadi kena up sikit masa setengah jam lebih awal untuk aku bersiap. Maknanya by 6.00 tatkala azan subuh aku sudah bersiap dengan pakaian kerja dan hanya menunggu untuk solat sahaja. Dah tak de istilah baju di pagi waktu hari kerja. Seterusnya dah bertarung untuk sediakan sarapan pula. Dan by 6.45 aku sudah gerak untuk ke menara.

Pagi tentu kelam kabut nak kerah askar berdua bersiap sedia. Ini kalau tak monitor ada yang kena tinggal bas jawabnya. Dalam masa yang sama nak siapkan bekalan untuk kakak. Kelam kabut dengan urusan baby yang nak dibawa bersama. Dengan persiapan untuk transit lagi. Wah rasa mcm tak menang tangan aje. Hopefully en hunny bunny tolonglah sama macam masa anak2 kenit2 dulu. Tentu terasa banyak ringannya. Kalau tak ni confirm seminggu boleh stress dibuatnya...wahh scary jugak memikirkan kehavockannya nanti.

kita tunggguuuu...

4 comments:

Amir Syafiqah said...

Zirap,

Selamat bertarung nnt ye...Akan jadi kenangan tue2 nanti. Percayalah...kekeke

AyunasiA said...

kiter dulu sapu lilin kat awning, jadi keras dan kemas jer. hjn pon kalis air hihi

edrina said...

zirap.. aku dr dulu mmg bangun 5.30am. Siapkan sarapan budak2.. kul 6.30 dah calo gi kejer huhu..

selamat bersilat & bertarung hehe

ya2 said...

zira,

bgus la ko ni. stakat ni aku mmg x plan lagi nk masak sarapan anak.lagipun c ilham tu malu2 konon nk bwk bekal.

dlm x buat sarap pun, kul 6 da kena siap serbaserbi.baju da xleh gosok pagi2 hari. kdg2 pk, kita ni bnyk masa habis kt tgh jalan je ek.

nanti bila weekend ohh heavennya dpt bgun lambat.heheh