Thursday, February 18, 2010

Nikmatnya coti...

Kami adalah salah sebuah kereta yang menjadi penyumbang kesesakan lalu lintas pada petang Jumaat lalu. Heeh hehe patutnya aku ambik cuti tapi sebab course jadi tak boleh le nak coti. Cik abe cuti..sib baik le Jumaat tu course sekerat hari..terus apply half day...itu pun gedebuk gedebak kemas baju sumer...kena balik petang jugak sebab tunggu deena balik sekolah. By 7.00 kami pun gerak. Sampai aje Bandar Seri Putra dah jem sungguh...singgah kat kawasan rehat nilai untuk Maghrib...pastu berensot2lah kereta bergerak...but not that bad la...by 10.30 kami sampai Parit Tunggul dengan selamatnya.

Sampai Muo ada kak kamar sefamily and adun. Rupa2nya ibu mertuaku sedang bersiap2 untuk ke kelantan bertolak jam 2.00 pagi. Gi dua kete abang jali and adun ke rumah Doc Su. Mak ajak jugak kami..peh kelantan bukan dekat wei...heheh lagi2 gerak malam2 cuti raya cina ni tak tahu le pukul berapa diorang sampai sana. Esoknya sepul pulak tiba satu family.
Coti best pehh hilang segala kepenatan masa kat umah...heheh heheh...kami balik melaka ahad petang..sebab dah tak de saper kat umah mak tinggal ajam sengsorang ajork. kak kamar dah balik sabtu pagi, kak ima datang sabtu petang dan nak balik ahad pagi. Sepul pun nak balik Yong Peng ahad tengahari...jadi kami pun mengekor kak ima balik melaka. Dioarang baru pindah melaka dari rompin so kira kami bertandang le ni.

Lepas makan2 lepak kat umah kak ima kami pun beransur ke umah mak pulak. Wah melaka dah best le sekarang...hahah hahah orang melaka yang tak habis2 bangga dengan negeri Hang Tuah..aku le tu..jalan aje tak best jem giller nak masuk bandar hilir tu..kami divert ikut depan kg jawa nak tgk musical fountain tu bukak ke tak..petang tak buka pun. Dah janji ngan anak2 nak bawak diorang. Pastu lalu tengkera penuh kereta kat kedai bihun sup tengkera tu...lalu klebang...wah baru dua bulan aku tak balik sudah ada Gold Coast la (laut yang ditambak)...melaka memang canggih. As usual jem sikit kat klebang tu pasal Coconut Shake yang ramai giller orang beratur nak beli tepi jalan tu.

Kat Melaka biasalah aktiviti makan2. Sampai petang tu kat umah moklong buat open picnic kat laman umah..buat bakar2 ikan sambil bersantai2..hehe hehe makan sajork...pastu kat umah mak pulun sup tulang lagi..uishhh makan lagi. Next daynya cousin aku buat aqiqah and cukur jambul anak dia. Buat besar2 an pasal anak pompuan selepas 4 anak lelaki...heheh heh mahu tak meriah..

So malam lepas kenduri tu baru le kami keluar gi town. Memang aku mengelak ikut bandar hilir...cilok2 sana cilok sini aku ikut jalan masjid kg ulu then sampai le ke musical fountain tu....fehh canggih jugak..ni ala2 musical fountain kat Vegas tapi version mini. Ok jugaklah..sesuai bawak anak2 melepak malam2 pasal kawasan lapang sebelahnya sungai melaka..so banyak le bot2 river cruise yang lalu lalang dah berhenti kat area tu..and ramai le kanak2 yang berlari menari dan sebagainya...orang pun tak ramai sangat..nanti boleh le bawak bebudak ni lagi pasal diorang suka tengok air pancut tu mengikut irama lagu yang dimainkan.

Kalau nak gi area tourist attraction cam menara tamingsari memalam kompom jem...bobot dah merengek soh berhenti pasal nak naik menara...ya ampun tak mahu jalan sesak2 nak parking pun lom tentu boleh dapat kalau camtu banyaknyer kereta..kami jalan2 aje makan angin kat town..ingat nak lalu jambatan bandar hilir tgk jem sampai kat masjid pulau melaka tu..patah balik aje ikut lalu depan high school and keluar kat Jalan Ong kim wee.

Bestnyer balik cuti...kompom bulan depan bila balik kg Gold Coast tu sure dah berubah wajah lagi.

No comments: