Monday, March 15, 2010

Sold @ 49K

Cam aku citer minggu lepas. Auction aku dah pun berlangsung hari khamis lepas di Theaterrete NST jalan Riong. Amik halfday le aku aritu...by 2.30 tu aku tiba and register rupanya ada 3 auction yang berlaku serentak pada hari dan tempat yang sama.



Ulat tu datang lagi...iskhhh ulat yang sama datang memujuk rayu supaya aku tak payah lawan..This is the same ulat yang rayu aku masa auction cheras prima tempohari...tapi masa cheras prima tu aku agree pasal aku pun cam 50-50 aje nak beli umah tu...but this time apartment taman sutera yang memang aku dah lama aim nak rembat sebijik. Ulat tu offer 1.2k tau..tapi last2 aku kata lawan la..aku nak jugak rumah ni...



RP untuk rumah ni RM40,200..ada 4 bidders yang berkenan dengan umah ni. Lawan punya lawan aku memang @ RM49K...yeaahhhh bestt suker aje aku..lagipun aku budget asalkan bawah 50K still ok lagi sebab market price umah ni 58-60K. Lagipun umah ni tingkat 2 dan sewa senang2 aje RM350-400 sebulan.

Now tengah sibuk nak uruskan loan pulak..tell you not easy nak beli umah lelong ni...not easy mcm yang korang tengok..and tak semestinya reserve price yang murah tu kita boleh dapat...at one time reserve price boleh naik sampai 20K...

banyak benda nak nak kena study and fikirkan. cam norizan tulis kat comment nak aim umah yang harga 300K ke atas banyak factor yang nak kena masukkan dalam perkiraan. termasuk take home pay yang nak bolehkan loan kita diluluskan.

For umah lelong kena fikir jugak 10% cash untuk harga rumah plus lawyer sebab bank will approve only 90% loan (CIMB) and 75% loan (Bank Islam)..so as usual cash flow very the very the vital thing.

And kenapa aku aim umah murah below 50K sebabnya katakan bank takmo bagi loan..at least aku boleh bayo guna duit sendirik...those kind of thing pun kena fikir jugak okies.








2 comments:

dzirhans said...

aku dah aktifkan balik aku nyer blog http://nurynsophea.blogspot.com/
..purposely nak buat selling blog..raser mcm menguntungkan!

tahniah..dpt rumah tu..kalau aku first time mesti terkantul nak terima 1200 tuh..ni low cost kan? brp sqt? bilik? bilik air? byk tanya pulak aku ni..but tingkat 2 mmg best!

kalau ambik loan 25 tahun dengan full loan 55k (ikut harga pasaran) @ 1.8% now..bulan2 RM+-230..sewa kosong 350-maintenance 50..ada +ve70...kalau buat semi-furnish boleh fetch 400-450 kot..

Kopi Suam said...

ahha ni rumah low cost 660sqft 3 bilik dan 2 bilik air.

aku memang aim umah mcm ni sebab keliling bukit angkat ni kan banyak kilang. Prospek tenant memang pekerja kilang. Umah ni betul2 belakang LCL.

Aku just ambik loan 10 tahun aje may be 5 tahun dah setel kan semuanya kot..

first project nak pasang KC sikit may be letak tiles sikit and sumbat perabot sikit..tgk le mcm mana.