Tuesday, December 07, 2010

Menangguk lampu untuk Rambai Sutera

Kami balik kg sempena cuti muharram ni. Lama dah rasanya tak balik muo pasal raya haji baru ni kami tak balik kg. Hari Jumaat tu aku memang sibuk giller dengan baju yang banyak nak kena pos pastu nak singah kilang ambik stok baju baru end up Jumaat malam aku sampai umah kul 9.00pm. Pastu gee plak tiba nak ambik baju.kira dekat setengah jam gee lepak pilih baju aku plak memang lom kemas satu apa pun lagi dalam keadaan kepenatan waktu tu. Last2 kul 11.00 mlm kami bertolak dari kajang. Peh lotih banget tapi gagah jugak dah dua minggu tak jumpa anak-anak ni.

Alhamdulillah selamat sampai melaka tapi kami bermalam sekadar hilang kelat di mata pasal kena balik muo jugak sesubuh sepie tu pasal pagi sabtu tu memang minggu ambik kelapa sawit. Just imagine 5.30 pagi kami bertolak dari melaka..sampai muo lagi 10 min kul 7.00. nama aje muo tapi perjalanannya sejam setengah jugak. By 7.30 cik abe and adik beradik yang lain dah gerak ke kebun. Aku menghabiskan masa bersama anak-anak saudara yang lain (kak ima pun balik muo jugak minggu ni

.
Dua hari di muo sempat bawak mak belanja di bukit gambir sebab wedding ajam pun tak lama lagi. Adalah beberapa benda yang mak nak beli aku pun sambil2 tu sempat membeli belah jugak. Selain dari tu aku cam biasa sempat ternak body as project diet terpaksa dihentikan serta merta atas sebab-sebab kesihatan.Oh ya sempat jugak berurut dengan mak yah tukang urut tetap aku setiap kali balik muo...bessstttt banget...ingat nak ngulang dua hari tapi first day tu mak yah ada yaasinan...so dapat sekali aje lah urutnyer.

Isnin pagi siap2 untuk balik Melaka. Plan singgah Mydin and tesco cari baju sekolah anak2..pastu singgah bata cari kasut sekolah. Masa kat Mydin mak call kata terus ke rumah Rambai Sutera sebab diorang tengah basuh rumah. Baju sekolah tak habis beli dapat separuh aje so akan ada second round shopping. Beg sekolah checked.

Syok tengok umah dah bersih. By the time kami sampai dah almost siap pun...terus tergedik nak settlekan bab lampu pulak pasal sabtu depan adik aku yg dok taman sama nak kenduri so nak guna umah aku untuk ipar2 dia yang dari johor tumpang tidur. Abis cuci umah balik umah mak kul 3 gerak gi hunting for lampu..kami gi Megan lighting kat Semabok. Memang murah banget le lampu2 kat kedai ni. Thot yang kat kajang tu murah tapi yang ni double triple lebih hebat harganya. Anything yang value for my money memang aku suker banget.

So tadi berhabisan dalam senyuman and berjaya menangguk 4 remote fan, 2 big chandilier pada harga yang memang unsangkarable, all the energy saving lamp (5 pieces same design untuk bilik and porch), one more chandilier dapur...and 3 set kalimantang for lampu belakang umah and also for the toilet.

Abis project lampu proceed pulak with bedroom set but after 4 kedai yang aku masuk..I guesst I will still opt for panesar @ Sri Manja. I'm still keen with the ideas of solid wood set. Tengoklah rabu nanti lunch time lari ke sana sat sebab dah compare beza banyak harga panesar walaupun selepas masuk kos penghantaran from KL to Melaka.
daaa poket dah kempis....singapore dah dokek beno ni...

No comments: