Peh berjanggut aku beratur di Bank Rakyat Bangsar pagi menunggu giliran untuk top up share tengahari ni. Sejam setengah menunggu just untuk tambah RM500 aje syer sangat sedih tapi sebab peluang saham bank rakyat ni datang pun 5-6 tahun sekali so just grab aje what ever yang available. The best part is siap kena saman lagi dengan en DBKL pasalnya aku yang lupa nak gi ambik tiket parking. Kalut punya pasal berebut nak carik parking pastu tekezut beruk tengok ramai giler orang kat Bank sampai lupa nak ambik tiket parking. Try jugak call akak kot dia boleh selit2 lagi syer mana yang patut, dia yang staff kat HQ pun hanya dapat top up RM500 aje.
But I managed to do trick so cepat setengah jam kalau tak kena tunggu lebih 2 jam tau. Kebetulan aku kan belum ambik dividen so instead of ambik nombor at button 3 aku tekan button 1 untuk kaunter pelbagai. Jadi sambil collect dividen adik tu terus top up kan saham aku yeayyy.
But I heard good news about people yang dah Q since 2004..kami-kami lah ni yang tak pernah jemu isi borang Q setiap tahun. Hopefully by bulan 5 dapatlah top up banyak sikit...sanggup aku withdraw saving sumbat kat Bank Rakyat semua. Just takut BR aje yang akan bagi limited amount aje...
Sudahkah anda beratur merebut saham bank rakyat. For Info dividen bank rakyat ada 15% setiap tahun



No comments:
Post a Comment