Pagi ni jalan ke opis dah agak lengang. Rasanya ramai jugak yang dah mula bercuti dan bersedia untuk pulang hari raya. Untungnya raya tahun ni ambik cuti dua hari dapat straight cuti seminggu. Plan perjalanan balik kampung kami tak finalised lagi. Ingatnya nak balik Jumaat malam. Tapi kemungkinan besar jalan akan sesak teruk. Hmm kalau sempat balik Jumaat petang lepas hunny bunny balik kerja. Kebetulan anak-anak sekolah sekerat hari saja Jumaat ni dan aku pun cuti hari Jumaat sebab ada appointment dengan Dr Raz.
Kalau nak balik petang kena pulun mengemas barang and selesaikan hal rumah dengan segera Jumaat siang tu. Maknanya by the time hunny bunnny sampai umah masuk barang dalam kereta and terus gerak balik Melaka. Kalau Jln tak jem boleh ajer sampai by 7.00 tapi memang confirm kena spare makanan untuk berbuka dalam kereta incase jalan sesak.
Dr Su baru saja selamat bersalin 18/8/11 baru ni. Cepatnya rasa baru ajer tanya dia due bila. Katanya haritu InsyaALLAH sempat beraya. Tapi baby nak keluar lebih cepat rupanya. Kira cepat dalam 10 hari. Aku plak by end of this week akan masuk minggu ke 34. Pehhh dah dokek bonar dah rasonya. Nak kena bertarung sebulan lagi caiyookk. Dah hujung-hujung ni memang makin mencabar fizikal. Semoga dipermudahkan.
Tahun ni memang aura raya aku pada tahap paling minimum.
No comments:
Post a Comment