Wednesday, October 27, 2004

Buntu la pulak..

Aku rasa mcm tak de mood nak tulis. Peggy baru aje kejap called dan
inform yang esok dah boleh exercise esos. Tengok pada harga saham aduh
sangat tak memberansangkan langsung. Aku dah tak boleh buat keputusan
dalam keadaan begini. Mcm mana ni ...should I wait until friday or let
go everything by tomorrow. Ya ALLAH berilah petunjuk. Dalam hal ni aku
tak arif dan one thing tak boleh tamak. Dengan isu-isu hangat yang
tengah melanda company sekarang sedikit sebanyak menjejaskan imej serta
ditambah pula hal berkaitan kenaikan tarif pasti akan mempengaruhi harga
saham jugak...baca paper hari ini kalau nak tahu kisah sebenar. Aku rasa
aku perlu keluar sebentar dan sedut udara luar yang lebih segar tapi
mana nak pergi dalam keadaan begini kan. Itu pun satu masalah juga.
Malam tadi rasa boring pulak. hunny awal lagi dah tidur deena pun sama.
Aku tercongok tengok TV sorang-sorang. Lepas abis siri malcolm dah tak
ada cerita yang best, aku biarkan aje tv tu on sebab hunny dengan deena
ada tidur kat depan tiba-tiba terfikir hmm lamanya tak snap gambar. So
aku pun buat operasi mengambil gambar baju raya deena dsbnya. Tak sedar
bila hunny terjaga dan off tv dan lampu sebab aku kat dalam bilik.

Semalam tak puasa sebenarnya. Memang tak larat nak bangun (hunny dah
kejut 2-3 kali tapi aku yang tak mampu nak menggagahkan diri untuk
bangkit dari katil) dengan perut yang buat hal malam tu. So dah dua hari
aku miss puasa. Tapi alhamdulillah tak kena heart burn. kalau tak tentu
puasa aku banyak rongak. Bila tak puasa tu faham-faham aje lah. Tak kan
nak biarkan perut kosong pulak sebab tak sahur so aku just kirim
opismate non muslim yang turun makan untuk belikan roti canai dan teh
ais. As usual tempat operasi pagi tu adalah bersendirian di surau opis.
Beberapa hari lepas aku nampak tupperware yang penuh dengan biskut kat
dalam surau tu. Siapalah yang punya agaknya kan. So itu sahaja yang aku
makan dari pagi sampai lah berbuka puasa. Buka puasa mcm biasa sebab nak
teman hunny walaupun tak puasa sebenarnya.

Oklah rasanya aku nak keluar jalan-jalan kejap nak ambil udara
segar....manalah semua orang kat opis ni kan....


2 comments:

dzirhans said...

tulah bahayanya ambik loan. aku selalunya beli ESOS sikit2. Beli 7 lot x 3k baru 21k. then jual bile rege harga bagus then beli lagi. but may be ESOS hang satu pun dah 10k. tak mampulah nak beli pakai duit sendiri.

Kopi Suam said...

Plan asal memang nak pakai duit sendiri tapi masalahnya aku ni saving merata specially bank rakyat tu susah nak keluar on the spot. Lagipun harga saham aku tinggi 3x ganda harga saham ko kalau pakai duit sendiri setakat 4 lot tu boleh lah...tapi nak keluar duit separuh sana separuh sini tu yang leceh..tak apalaahh tunggu kalau ada rezeki..lebih dapat la lebih...

harga sekarang 10.70 turun 40 sen sejak semalam lagilah jantungku berdegup kencang :)