Ini mungkin blog aku yang terakhir sebelum bercuti. So dikesempatan ini aku ingin memohon beribu ampun dan maaf dari semua kawan-kawan samada yang mengenali atau tidak...minta halal segala makan dan minum serta doakan lah aku agar mudah dan selamat bersalin dan semoga kita akan dapat bertemu lagi selepas ini InsyaALLAH. Esok aku nak ambil cuti dan terus menerus bercuti sehingga habis pantang. Seronoknya tak terkata. InsyaALLAH aku akan bercuti sehingga hujung Januari nanti dan mungkin akan sambung lagi seminggu. Kalau tepat seperti jangkaan aku akan masuk bekerja semula pada 31 Januari 2005.
Nasib baik lah ada perkara yang aku perlu uruskan pagi esok sebab dah berjanji...kalau tak janji boleh aje kalau tak nak datang dah..so kena juga ke opis sebelah pagi..kalau tak rasanya dah lama aku duduk rumah dan melepak sambil menunggu saat untuk pulang ke kampung. Hunny still kerja so cuti pun duduk rumah...unless nak call mintak mak dengan ayah ambik aku dua beranak balik dulu. Iskhh kesian kat hunny....nanti berbuka sengsorang plak dia. tak apalah tunggu ajelah kat rumah bukan lama sangat pun. hari ni dah rabu tinggal seminggu aje lagi nak balik kampung. Tak sabar dah ni sebenarnya. Dah terbayang-bayang kampung halaman walaupun awalnya kami balik muo dahulu. tak apa aku boleh tunggu setakat dua hari berada di muar tu...dah lama sangat tak balik melaka dah rindu dengan bilik aku...dah rindu dengan pantai puteri..nanti kat melaka petang2 sambil rayau rayau kat pasar ramadhan boleh main ombak di tepi pantai....kat muo plak petang2 bleh gi pekan kundang tengok air sungai muo...
Mulai malam ini kita akan memasuki 10 malam terakhir berpuasa kan. So ya ALLAH berilah peluang kepada hambamu ini untuk merasai malam seribu nikmat Lailatul Qadar. Tadi duduksendirian sambil terfikir apa aku nak minta kalau lailatulqadar berada didepan mata aku kan. Tentu time tu aku jadi terpegun dan kaku tapi kalau lailatulqadar itu aku dapat mesti aku nakminta ALLAH ampunkan segala dosa -dosa aku yang terdahulu, dosa2 kedua ibu bapa dan kaum keluarga ku...dosa suami dan anak-anakku...itu yang aku rancang tapi seandainyalailatuldqadar itu milikku seketika akan ku manfaatkan segala detik dan saat itu dengan sabaik-baiknya akan aku minta segala kebaikan semampu yang ada. Wallahualam...siapalah aku inidisisi ALLAH...berbanding hamba2Nya yang lain kan...
Oklah selamat hari raya maaf zahir batin buat semua...kalau beraya di Melaka singgah lah ke rumah kami di Tangga Batu...
No comments:
Post a Comment