Friday, November 05, 2004

Salam akhir sebelum bercuti...Selamat Hari Raya

Ini mungkin blog aku yang terakhir sebelum bercuti. So dikesempatan ini aku ingin memohon beribu ampun dan maaf dari semua kawan-kawan samada yang mengenali atau tidak...minta halal segala makan dan minum serta doakan lah aku agar mudah dan selamat bersalin dan semoga kita akan dapat bertemu lagi selepas ini. InsyaALLAH. Esok aku nak ambil cuti dan terus menerus bercuti sehingga habis pantang.

Nasib baik lah ada perkara yang aku perlu uruskan pagi esok nasib baik dah berjanji...kalau tak janji boleh aje kalau tak nak datang dah..so kena juga ke opis sebelah pagi..kalau tak rasanya dah lama aku duduk rumah dan melepak sambil menunggu saat untuk pulang ke kampung. Hunny still kerja so cuti pun duduk rumah...unless nak call mintak mak dengan ayah ambik aku dua beranak balik dulu.Iskhh kesian kat hunny....nanti berbuka sengsorang plak dia. tak apalah tunggu ajelah kat rumah bukan lama sangat pun. hari ni dah rabu tinggal seminggu aje lagi nak balik kampung. Tak sabar dah ni sebenarnya. Dah terbayang-bayang kampung halaman walaupun awalnya kami balik muo dahulu. tak apa aku boleh tunggu setakat dua hari berada di muar tu...dah lama snagat tak balik melaka rasanya..dah rindu dengan bilik aku...

Mulai malam ini kita akan memasuki 10 malam terakhir berpuasa kan. So ya ALLAH berilah peluang kepada hambamu ini untuk merasai malam seribu nikmat Lailatul Qadar. Tadi duduk sendirian sambil terfikir apa aku nak minta kalau lailatulqadar berada didepan mata aku kan. Tentu time tu aku jadi terpegun dan kaku tapi kalau lailatulqadar itu aku dapat mesti aku nak minta ALLAH ampunkan segala dosa -dosa aku yang terdahulu, dosa2 kedua ibu bapa dan kaum keluarga ku...dosa suami dan anak-anakku...itu yang aku rancang tapi seandainya lailatuldqadar itu milikku seketika akan ku manfaatkan segala detik dan saat itu dengan sabaik-baiknya akan aku minta segala kebaikan semampu yang ada. .Wallahualam...siapalah aku ini disisi ALLAH...berbanding hamba2Nya yang lain kan...

Oklah selamat hari raya maaf zahir batin buat semua...kalau beraya di Melaka singgah lah ke rumah aku di Tangga Batu...

No comments: