Tuesday, November 02, 2004

Sebulan yang terakhir...

Aku puasa without sahur hari ni. As usual makin hari makin kurang bertenaga untuk bangkit. Tenaga dah kena serap dengan baby yang semakin aktif kat dalam perut mama ni. Dari pagi dok kata sendirian kalau tak larat buka aje lah mama...but sampai sekarang alhamdulillah masih boleh bertahan. Alhamdulillah sehingga hari ini...puasa dah masuk 19 hari dan aku dah tinggal 4 hari sahaja puasa aku not bad lah kan..kalau ikut doc kak ina dia dah tak bagi puasa saat2 akhir ni..takut tak de tenaga plak nak bersalin nanti... aku nak beat record masa pregnant deena dulu..kena heart burn dan miss puasa selama 7 hari....Ok...bravo mama...

Lately cuaca tak menentukan...kalau panas masyaALLAH panas terik sangat-sangat ni lah dugaan bulan puasa kot... Tapi bila hujan lebat sungguh - sabtu baru ni kami cari food kat serdang happening pasar ramadhan kat situ..murah pulak tu..masa kuo kete tu hujan hanya rintik-rintik so malas lah nak bawak payung....hunny dengan deena tunggu mama kat deretan kedai kat KFC tu...hunny malas nak bawak deena kat pasar ramdahan tu karang macam2 makcik tu...sib baik kat situ ada kete mainan yang kalau nak main kena masukkan duit so diorang lepak kat situ mama yang gi sengsorang cari lauk. Lepas aje habis beli lauk hujan turun masyaALLAH selebat-lebatnya. Menumpanglah kat bawah payung salah satu peniaga nasi ayam kat situ...basah lokos seluar mama...tereperangkap 10 minit juga dalam hujan tu...at last hujan semakin reda tapi tak berhenti..mama redah aje.....

Hari ni cuaca mendung sepanjang hari..(plan nak basuh kete tangguh le dulu sampai minggu depan..basuh kat car wash yang kat rumah tu aje lah nanti)....aku yang duduk kat atas ni mata terus layu dan kuyu dengan cuaca kat luar sana. Kalau ada sofa atau toto atau katil kat tempat aku ni boleh jugak landing melayan mata yang mengantuk. Nak tidur pada kerusi ni memang tak selesa sangat perut dah sendat...sekarang ni nak tidur malam memang dah tahap yang tak selesa...dah tak tahu nak tido gaya mana nak mengiring pun tak selesa...telentang lagi lah....inilah bulan2 terakhir yang sungguh mencabar masa pregnant. Dulu masa nak tunggu 9 bulan rasa lamanya...ni dah sampai penghujung rasa tak sabar nak tunggu segalanya berakhir.


2 comments:

Anonymous said...

hang plan deliver kat mana kali ni. hospital mahal tu lagi ke? ..dzirhans..

Kopi Suam said...

ooo kali ni kalau beranak kat hospital mahal pun tak berapa nahas sebab rate yang company cover dah naik dari 1k kepada 2k...so tak de le teruk sgt bayar mcm masa deena dulu..

delivery charges aku masa yang first 3,428.92 ntah apa yang mahal bebeno bilnyer..end up aku kena bayar sendiri almost 1.3k..tak apalah service excellent..

yang second ni kalau kat melaka aku masih dilema laa nak gi Mahkota Medical Center atau Southern but definitely no more PMC..hehh PMC ni charge tinggi sangat tapi 70% rasanya southern walaupun dia mahal sket dari MMC tapi dia ada doc pompuan...