Monday, February 14, 2005

Duit simpanan sebidang tanah...

Dahsyat tajuk blog mama hari ni...

Mama dah agak dah entry mama yang last week tu mesti tak masuk. Tapi penat jugak menulis panjang-panjang haritu. Hari ni mama drive Satria cik Sipul. Cik Sipulnya masih kat Mesir InsyaALLAH balik bulan 6 ni. Cik Sipul tak tahu pun mama pinjam kereta dia. (tapi sekarang dah tahu lah sebab mama dah email pada dia) Mama mintak tru MIL dan Cik Adun yang dok pakai kereta ni. Alhamdulillah walaupun terasa malu2 ayam nak mintak tukar kereta dan sorry darling sebab gunakan nama awak…kalau cakap mama nak guna nanti MIL confius plak nak bagikan (siapalah kita ni..kena sedar diri tu sikit)…haahh rasa bersalah le plak sebab cakap darling yang nak tukar…iskhh tak baik le mama ni..lepas tu bila daddy tahu terus mama kena marah dengan daddy haah haahh nak tergelak besar…(daddy marah mcm lawak le…dah le marah mama masa kat buaian kat bawah pokok rambutan…tapi marah pun cakap bisik2 aje.. J) alhamdulillah dapat tukar kereta tu semalam. Yang penting pagi2 mama dah tak rasa takut dan rasa lebih selamat membawa satria ni dari kereta daddy. Jangan marah darling…awak kan selalu kata saya berlagak. Saya bukan nak berlagak ke apa bagi saya keselamatan tu yang lebih penting. Lagipun pagi-pagi kan nak bawak Deena pergi taska. Saya yang terperangkap dalam jam dan jantung saya yang sentiasa berdebar2 dan berdegup kencang bila bawak kereta awak tu. Awak mana rasa tu semua…iskhh…iskh…

Saat-saat begini tak sabar rasanya nak dapat Avanza mama. Lagi plak semalam wak Faridah SIL bawa avanza masa datang rumah MIL. Hmm colour sama mcm yang mama booking. Nak tukar colour ke nak stick pada booking haritu, masih tak buat decision. Iskh lagipun satria ni tak leh le nak guna lelama..nanti panas…mama pun panas jugak..bukan kereta kita kan…mesti nak kena pulangkan cepat2. Aduh payah le. Iskh susah hati kalau meminjam barang orang ni….lagi-lagi kalau ianya ada kaitan dengan IL ni…banyak mulut banyak hati nak kena jaga.

Cuti CNY baru ni..uishh jadual mama memang pack . Selasa tu mama ambik cuti. Daddy dah start cuti since Monday sampai le hari ni. Kami balik melaka petang tu. Perjalanan biasa aje jalan pun tak le jam sangat mungkin sebab ramai yang dah start cuti since jumaat tu. Selasa tu pagi-pagi lagi mama dengan mak ke pejabat tanah untuk urusan pindah milik tanah yang kat depan rumah mak. Mama beli tanah kat depan rumah mak. Nasib baik ada busu yang kenal rapat dengan boss2 kat pejabat tanah tu…so semua urusan main redah opis aje tak payah ambik nombor giliran. Peh pack dan penat dalam masa satu hari dari pagi sampai tengahari lepas urusan pindah milik ke LHDN untuk matikan setem then ke bank untuk bayar duit tuan tanah. Uishhh akhirnya segalanya selesai sebelah petang. Walaupun belum secara bertulis atas geran tapi officially tanah itu milik mama sekarang dan mama beli dengan duit simpanan mama semuanya. Adusss let go semua saving untuk sebidang tanah memang lah amat menyakitkan dan menyedihkan bila terpaksa melihat buku ASB yang dahulunya berangka-angka kini dah tinggal serdak-serdak…Tuan tanah dah ambik almost 95% of my saving. Now adalah masa bertenang dan meyimpan semula…tapi dlm keadaan sekarang ni banyak mana sangat le boleh disimpan….iskhh mana nak cari duit banyak macam tu dalam masa yang singkat yek..kena cari side income le mcm ni..kepala mula pening bila tak de saving ni….takuttt..


No comments: