Pagi tadi kete daddy buat hal...mama lately ni asyik tension aje. Mama pun mulalah hot tak menentu geram pada daddy yang macam buat dek aje macam tak de benda yang berlaku..orang dah risau takut lambat pergi kerja company sekarang bukan main strict lagi...kita nak datang lewat pun perut jadi kecut.. Hantar Ilman dulu kat rumah kak zaharah then baru tengok kereta...jam dah pukul 7.02 minit mulalah mama membebel geram punya pasal lah ni...highway SILK ni plak kalau kuo lebih pukul 7 alamat berjanggut le kat dalam jam.. Geram pada daddy pasal hal semalam pun tak habis lagi ditambah dengan kereta yang buat hal ni lagi melarat-larat bebelan mama pagi tadi...daddy as usual buat macam tak dengar tapi bila dia tengok mama cam nak nangis dia pun mula lah nak bega-bega kan kete tu..sabar ajelah...godek sana sini then daddy start hidup plak enjin kete tu..iskhh boleh pun (kete dia pun sebenarnya). kalau dia buat dari tadi kan tak de la mama terperangkap dalam jam....akhirnya sampai kat opis pagi ni jam 8.20. Dalam hati memang sentiasa berdoa jangan le kete ni buat hal lagi memang tak putus2 doa dan alahmdulillah selamat le sampai opis. Sebelum ni memang jarang mama pakai kete daddy lagipun kete ni kat kampung ajam yang pakai..dulu masa mula2 kawin dulu ada jugak tukar2 pakai tapi masa tu kete ni elok lagi belum diubah sana sini...sekarang abis semua diubahsuai dengan eksos yang macam bunyik enjin boat...dengan enjin yang bersambung volt meter iskh tapi yang pasti setiap kali bawak kete daddy mama memang risau takut rosak tengah jalan...
Saat-saat macam ni lah mula terkenang pada wira kereta kesayangan mama. Dah pun mama jualkan kat Melaka minggu lepas. Sedih juga nak meninggalkan kereta yang banyak berjasa pada mama tu namun apakan daya kita merancang ALLAH menentukan. Now mama dah tak de choice suka ke tak memang kena pakai kete daddy yang bermacam-macam bunyi tu..harap2 loan kete mama boleh settle after CNY..so lepas ni tak payah bawak kereta ni lagi. Kalau ikutkan hati memang nak terus apply. rasanya dah eligible untuk second loan tapi memandangkan ada satu projek lain yang lebih penting so mama hold dulu tentang loan kereta mama ni. Harap2 projek tu boleh selesai terus masa CNY nanti. SO bila balik kerja minggu selepas tu boleh terus concentrate pada projek kereta plak.
Hari baru..hari ni hari kedua masuk kerja. Routine harian pun dah berubah kalau dulu masa deena sorang boleh nak tidur awal bangun lambat sikit tapi sekarang anak pun dah dua tanggungjawab bertambah pukul 12.00 baru boleh tidur. malam sibuk nak prepare baju ilman dan beg deena then terus gosok tudung. Bersihkan botol susu siap kan baju untuk deena pakai esok. Baju daddy memang mama gosok sekali banyak2 so stock untuk baju daddy memang cukup lebih seminggu. Bila dah dua ni memang terasa bertambah penat lagi. Kalau ada maid pun senang. Tapi tak tahulah hati mama pun masih berbelah bagi. Tengok lah bulan depan atau bulan 3 nanti mcm mana..kalau boleh cop dengan situasi sekarang better tak payah ambik maid (actually dah mintak cousin uruskan but boleh kensel anytime) deena pun memang suka kat taska ramai kawan boleh main boleh belajar. Lagipun kak zaharah yang jaga Ilman tu pun bagus jugak. Cumanya kalau pindah Kajang nanti nak kena cari penjaga Ilman pulak. Satu hal lagi nak kena selesaikan. Betul kata orang nak membesarkan anak ni bukan perkara yang mudah.
Gambar terkini kami boleh dilayari di:
No comments:
Post a Comment