Friday, August 26, 2005

Aqiqah Dan Hari Nikah Cik Sipul

Malam tu kami bertolak selepas sembahyang maghrib dan selepas makan malam. As usual mereka (hunny and sipul) lebih suka tido dalam kereta dari memandu. Dan aku memang lebih suka memandu dari tidur. Jadi aku yang drive hunny with Ilman and Deena with Cik Sipul. Sampai KU lebih kurang pukul 10 malam dan kami disambut mesra oleh sanak-saudara. I was wrong coz I thought we would be among the first yang sampai (maklumlah Khamis malam Jumaat dah tiba). Semua yang feveret dah ada and we are the last. Now I know why they are the feveret. Semua benda diorang lebih dahulu dan banyak sponsor termasuk aku pun sekali. Now I can consider myself as one of MIL feveret Menantu. Kereta dah berderet kat laman rumah. Orang rewang ramai yang sedang sibuk kat balai. Suasana agak gamat dan meriah dengan laman rumah di terangi cahaya lampu kalimantang. Selepas bersalaman dengan semua orang dan angkat barang masuk bilik (bilik aku hotel 3 bintang). I was lucky sebab sejak kawin kami tak pernah kena kongsi bilik dengan orang lain. Bilik kami kat bawah nak sepah ke nak tunggang terbalik macam tongkang pecah ke tak de hal. But the best part is bilik aku tu memang menjadi pot kegemaran anak-anak sedara untuk melepak (tak kira time kenduri ke raya ke ) sebab diorang suka main dengan Ilman and Deena lagi pun Cik dia ni sporting sikit suka melayan anak2 buah (aku jurumekap kepada anak-anak saudara aku). Aku rasa nanti bila ajam kawin dia pun tak perlu kongsi bilik dengan orang lain coz bilik dia sebelah bilik aku. Cumanya kalau future wife dia tu tak biasa dengan keadaan kampung sure dia akan sedih sebab dapat bilik cenggitu. That what I felt masa majlis kawin aku dulu but now aku bersyukur sebab tak payah share dengan orang lain.



Tanpa bertangguh aku terus keluarkan muffin. Banyak kerja nak buat sebab muffin nak kena bungkus dan tag nak kena tampal. So malam tu kami berjaga sampai 1 pagi untuk packing tapi still tak siap semuanya separuh pun belum. Malam tu sempat jugak aku tengok keadaan dan persiapan rumah MIL. Pelamin yang asalnya nak buat sendiri akhirnya ditempah. Aku pun rasa lega jugak. Maklumlah Liza kata geng UiTM nak datang satu bas. Pelamain Warna hijau epal simple and nice oklah. Bilik dan hantaran semuanya dah siap. Tentu Liza lega bila tahu everything is ok. Paginya aku bangun sembahyang subuh 6.45 suara orang rewang masih gamat.



7.30 pagi orang rewang semua balik (memotong getah lah kot). Abang ipar and adik ipar aku plak sibuk mengadap kambing biri-biri yang bakal korban untuk Aqiqah Ilman, aku and kaum ibu sibuk menyiapkan kerja membungkus muffin sambil anak-anak saudara membantu. Sesekali aku ke bawah mengambil gambar kambing dan gambar suasana memotong kambing. Abah yang potong kambing sambil abang wan, adun, abang Jali dan Dr amin sebagai tukang pegang. Kalau kat melaka selalunya daging kambing di buat sup tapi kat Muo diorang masak kering. Aku rasa sikit aje. Akhirnya kerja bungkus muffin dan jelly selesai jam 12.00 tengahari.


Hari Jumaat tu tak berapa banyak kerja sebab majlis kendurinya esok. Tapi harini kami kena bersiap sedia untuk majlis nikah pada malam harinya. Aku hanya ikut arahan. Since MIL kata pergi 4 kereta aje so 2 Avanza (including mine), 1 Trajet, 1 Merce dan 1 wira cukup untuk memuatkan 30 lebih orang. Kalau Estima Abang Halim pergi penuh le khemah Liza malam tu.



Bertolak dari KU 6.30. Perjalanan 1 jam dan as usual aku drive hunny with our children dan pengantin pun naik kete aku. Apalh pengantin ni naik le merce baru best. I rove at 140km/h all the way. kalau tak maunya telan asap lah jawabnya. Kereta2 lain tu bukannya calang-calang yang memandunya alhamdulillah selamat kami sampai masjid YP pada 7.30 malam. Trajet yang berada di barisan hadapan hilang dari pandangan dan sesat. Masjid pun sepelaung aje dengan rumah pengantin. 4 kereta dah tiba tapi trajet masih tak muncul. Then Abg amat dah tiba dari Kluang dan tunggu kami di sana. Lepas solat Maghrib kami dijemput minum sebelum majlis nikah bermula selepas Isyak. Malam tu pengantin memakai baju melayu putih organza. Pengapit plak Cik Ajam memakai baju biru tua (Pengapit bidan terjun sebabnya kawan sipul tak dapat datang). Ahamdulillah semuanya berjalan agak lancar walaupun 3 kali jugak akadnya. Itupun kali ketiga selepas imam panggil ajam dok urut2 belakang sipul. Gemuruh agaknya. Ustaz Saiful pun gabra jugak bila masuk bab nikah ni. Dan selepas selesai semuanya kami berangkat pulang ke KU dalam keadaan hujan yang lebat di highway (hujan rahmat – terus mengingatkan aku pada majlis nikah kami 3 tahun dahulu hujan jugak lebat – orang tua-tua kata kalau nikah then hari hujan rahmat dan berkat InsyaALLAH rumahtangga sejuk amin)

No comments: