Sah memang dia tak nak angkat telefon tu. So mcm mana ni? Aku dah pening kepala dengan mamat ni. Aku called kak zana dia pun menghadapi masalah yang sana. Kak Zana ada nak buat projek wardrobe ngan mamat ni tapi call memang tak pernah berangkat telefonnya tu. (Ini berlaku sejak 3 minggu lepas). Boleh bayangkan aku called mamat ni setiap hari pulak tu. Sampai hari ni dia masih tak mengangkat HP nya. Aku ada masa sebulan aje untuk selesaikan hal rumah dari bab KC dan perabot yang masih tertunggak. Lepas ni aku dah malas nak sentuh apa-apa lagipun lepas ni dah nak dekat puasa then nak raya. So masa memang suntuk terhad sebab kalau dah bulan puasa tu memang le dah letih nak mengemas rumah kan.. Lagi pulak bulan puasa mesti penuh dengan jemputan dan agenda berbuka puasa punya. (Wah set bilik tidur Cavenzi tu masih menjadi igauan aku sampai hari ini)
Hunny kata dia nak belikan sesuatu untuk aku. Aku mcm tak percaya apa yang aku dengar/baca dari emailnya semalam. Hadiah apa ni yang. Kenapa tiba-tiba pulak atau ada udang disebalik mee. Betul ke. Iskh susah nak percaya tapi kalau betul alhamdulillah. Memang benda tu aku dok idamkan suatu ketika dulu. Cuma dalam keadaan ekonomi negara yang tak berapa stabil ni saya rasa lebih baik kalau duit tu awak simpan yang. Itu pendapat aku pada dia semalam tapi dia tetap bertegas nak beli jugak benda tu sebab benda tu dia pun boleh guna jugak. End up aku kata ok suka hati awak la.
Kegawatan ekonomi negara memang kian terasa. Ntah aku pergi mana-mana pasaraya besar ke kecik ke aku rasa harga barang memang dah naik (harga ikan bilis sekilo menceah RM20.00 rujukan econ****, G****, Carr****) Dulu-dulu aku beli bilis grade paling cantik harga dalam RM15 sekilo ni grade paling cikai dah dekat RM20/kilo.. Walaupun kenaikan tidak mendadak tapi memang terasa jugak lah bila membeli barang dapur tu. Khamis nanti aku pergi beli palstik muffin kat Chow Kit nanti aku check harga bilis kat sana. (Sambil menyelam sambil minum air). Dengar khabar palstik pun dah naik harga. Boleh botak kepala dibuatnya bila cerita tentang kenaikan harga barang ni.
Apa persediaan kami menghadapi kegawatan ekomoni? Banyak perkara yang harus bermain diminda setiap orang bila keadaan ekonomi negara gawat. Kita harus fikir tentang kestabilan kerjaya kita. Kalau ekonomi gawat bila-bila masa sahaja company boleh buang pekerja. Please bear in mind. Kedudukan kita di office sekarang ni memang tidak stabil. Perbelanjaan harian kita semakin meningkat bukan sahaja ekoran dari kenaikan harga minyak, barang runcit malah kebanyakan benda kat KL ni dah naik harga. Please set your mind berapa peratus kah kesediaan kita menghadapi perubahan dan kegawatan. Tepuk dada tanya selera. Be prepared
Bila kegawatan ekonomi berlaku kuasa membeli pengguna akan menurun secara mendadak. Dalam keadaan ini typicalnya pengguna lebih cenderung berada dalam keadaan selamat (duduk diam-diam tak payah keluar shopping atau membeli belah) , kurang berbelanja, banyak menyimpan (walapun dividen dan bonus dalam keadaan gawat adalah sedikit dan interest menjadi tinggi tak kiralah intersrt pinjaman bank ke, interest rumah ke kereta ke). Kesannya sektor perniagaan akan merundum dan tentu banyak tokey dan company akan gulung tikar (berdasarkan senerio yang paling worst)
Apasal le aku tulis blog macam tulis tesis ilmiah aje ni. Sabo aje la. Udah le baru aku perasan jauh bebeno aku dah melalut ni. Tak sabar nak cuti ni..lagi dua hari aje..yahoooo balik kampung…seronok aje aku walaupun balik kampung Muo…balik kampung Muo best jugak sebab boleh tengok budaya Jawa World..balik kampung oooo oooo balik kampung. Yang dah lama tak balik kampung tu aiiik tak rindu ke kampung halaman…“tahu tak ape”
7 comments:
Balik le kampung...bes ooo...rasa taknak balik kl dah..
~Cikwokz~
uiisshh itu lah pasal norm....rasa mcm nak dok bertapa kat kampung tu aje..lagi-lagi kampung melaka..hari-hari boleh mandi laut...
kau lama tak datang melaka, kalau datang melaka singgah umah aku baru lah world..manalah tahu kebetulan ada sambal goreng mak aku time tu..aduh kecur air liur puasa le katakan...
hang kene tukaq tag ler "my little coming soon son Ilman (I hope so)" ... dah lahir pun. nanti org konpius, dah lahir ke ilman tu. dzirhans.
semua naik. rokok pon naik. ish..tensen tol ler! baby sihat? :D
weiii
samball bilis jgn sebut. Zira, aku nak order boleh dr ko. Tolong leeeeee... kecuq dah ni mikirkannya
Norizan aku just nak biarkan note tu sebagai kenangan. Later in the future bila aku baca blog aku semua aku akan ingat yang aku create this blog sebelum Ilman lahir lagi....
mama deena
guoweigang If you're still not convinced pandora charms 2010 with what the footage tell you, ask an objective opinion from your friend or from a member of buy pandora charm your family. Encourage them to go to your booth and ask them for some feedback or suggestions. In this way, you'll be able to procure fresh and Pandora beads unbiased criticisms from your display that you haven't spotted all the while. Think of the possible ways to get fresh ideas which will help you update your jewelry displays more effectively to draw in Pandora beads 2010 more patrons. Think about your layout, are all of your jewelry designs just put on the table, try separate each different style so that the stand out more . Having your cameos mixed pandora beads charms up with your teenage jewelry designs wont highlight either of them and you might lose sales. Grab the chance to take some ideas on eye-catching displays from other craft booths however be pandora beads sale certain to ask for authorization first. Know the reason why other booths attract more purchasers. Study all the photos you have taken and try to determine the interesting features of each booth cheap pandora beads that yours does not have.
Post a Comment