Wednesday, September 21, 2005

Kisah sawah bendang

Walaupun sekarang ni sawah padi tak banyak kat melaka tapi kalau ada aku memang teringin nak pergi mengubah dan mencabut benih lagi. Antara pengalaman yang aku rasa amat seronok dan kalau ada peluang nak aje rasanya aku turun ke sawah masuk bendang bermain lumpur. Dulu ayah memang ada sawah sendiri 4 relung kalau tak silap. So bila tiba time nak menanam padi tu aku memang tolong la sekali dengan mak dan adik aku. It was a great experienced. Dapat masuk lumpur memang seronok. Bukan sawah ayah aje kekadang bila time musim mengubah aku join sekali orang2 kampung ambik upah mengubah dapat duit banayk jugak (Waktu tu dapat duit RM5 pun dah rasa besar sangat tapi seingat aku masa musim mengubah aku boleh kumpul duit dekat RM200 jugak). Boleh tambah pendapatan lagi pun duduk kampung bukan senang. Mak dan ayah pun bukan senang itu aje cara aku nak ringankan beban diorang tu.



So pepagi lagi aku dah siap dengan seluar trek dan t-shirt lengan panjang dan juga cap dah ready dengan mak menunggu kawan-kawan yang lain. (Selalunya aku join mengubah time cuti sekolah aje). Mesti bawak bekalan air sebotol (selalunya air teh) dan juga makanan seperti nasi goreng atau cekodok atau pisang goreng. (Hmm nikmat bila makan waktu lapar dan time penat. Teh sejuk dan cekodok pun boleh rasa mcm minum coke dan makan KFC specially bila ada bau-bau dan aura2 lumpur lagi lah terus berselera). Selalunya bila mengubah ni satu petak dalam 4 orang sekali jalan. Kat melaka orang tanam padi pakai tangan tak guna kuku kambing. Cara nak mengubah ialah tangan kiri pegang segenggam anak benih sambil membongkok tangan kanan akak mencubit beberapa batang anak benih (dalam 2-3 batang) then terus tanam dalam lumpur . Teknik mencucuk anak benih pun kena betul kalau tidak alamat nya benih tu patah dan akarnya tak terbenama dalam lumpur. Nanti daha separuh jalan tengok-tengok anak benih terapung-apung atas air. Habis mengubah selalunya jam 11.30 pastu balik rumah mandi-mandi, sabun-sabun limau2 semua badan tu kalau tak berbau lumpur. Pastu nanti berehatlah sambil melepak2. Kulit tangan time musim mengubah memang lah kasar dan kulit jadi kering sebab terdedah pada pancaran cahaya matahari. Oleh kerana orang kampung tak tahu nak gunakan losyen-losyen ni tapi aku lepas musim mengubah harus le memakai losyen seluruh badan, Sekian sahaja kelas mengubah kita pada hari ini.



Moral of the story:
Masa time mengubah ni baru le nak tengok anak-anak dara si polan si anu si inu keluar turun sawah. Budak-budak bujang ni pun memang le menggeletik time tu tunjuk rajin. Aku ngan best friend aku Suzi biasalah memang antara anak dara yang jarang makcik-makcik ni dapat tengok. Hidup kat kampung tau ajelah kawalannya macam mana kan (lagi pun aku ni jenis yang tak keluar sgt). Time mengubah ni le baru le boleh lepas jauh sikit. Hmm masa musim mengubah sempat le bebudak lelaki kat kampung ngorat-ngorat kitaorang ni. Haah kelakar pun ada tapi masa tu budak-budak lagi. Cuma aku masa tu memang dah serious fikir pasal study so benda-benda mcm tu memang aku let go aje. Lagipun senonya masa form 3 yang aku mengubah tu aku dah couple pun ngan Abg M kan…jadi anak cina makan pengat sendiri mau ingat le kan…pakwenya hensem lagi gitu….

2 comments:

Anonymous said...

Ahad ni ada rumah dak? Kami plan(aku ngan Norma) nak mintak tolong ko ajar masak sambal sedap ko tu. Lagipun leh aku bagi kepek2 balance and bagi duit skali... oraits? Minggu ni aku training

Anonymous said...

hehe..syoknya..nanti nak ikut gak mengubah :p