I was so busy until I forgot to write my blog yesterday. Busy2 pun lunch time sempat ambik stok kuih kat PJ then terus ke OKR beli lampu untuk disumbang kepada surau Tmn Sutera. Nak cari selipar 5-6 pasang nak letak kat surau gak tapi tak de pulak jual selipar jepun kat area tu. Ada sesiapa nak menderma tak. Surau kami nak beli Sound system untuk bulan puasa ni nak buat terawih tapi sumbangan masih kurang. Kami juga memerlukan sumbangan seperti sejadah, yaasin, langsir dsbnya. Kalau korang bermurah hati boleh hantar pada aku atau hantar terus kat surau Taman Sutera kajang Jalan Bukit Angkat.
From there aku proceed to BCB kat Pearl Point nak masukkan duit kat ASB tapi Q ramai sangat then terus proceed ke Kedai Tenaga OKR bayar bil api dan air dekat 200 jugak bil-bil tu semua. Lega dah settle semua bil tu sejak sebelum masuk rumah hari tu. Kalau nak compare dengan bil rumah lama lebih jimat penggunaan lektrik rumah baru ni.
Semalam hantar stok kat kak P di Seri Petaling. So balik kerja tu aku lalu OKR then keluar kat Jalan Awan mendung sebab nak ke Seri Petaling. Kat trafik light tu aku nampak satu banner “Stock Clearance” yang di rentang dengan begitu besar dan saujana mata memandang.. Ok harus aku ke situ tapi bila sebab this week memang aku busy gila. Banyak data nak kena upload dalam pre dengan prod. Tapi memang kena pergi sebab banyak barang2 berkaitan dengan clearance yang dibuat tu aku nak beli. Hmm mungkin hari Jumaat ni kot, 2 in 1
Then dari situ aku proceed ke jalan nak ke Endah Parade. Kat kedai lektrik yang aku selalu beli barang another banner “stock clearance’ kat situ. Ini lagilah paling harus aku pergi. Kalau ikutkan banyak jugak benda nak kena beli tapi sebab kewangan pun tak berapa ok sangat so aku hold dulu. Tapi since dah ada stock clearance ni…hmm memang berbaloi. Dulu masa beli washing machine national 11kg. Aku dapat pada harga clearence ni memang berbaloi bezanya dekat RM1K. Sebenarnya nak beli TV lagi 2 ketul tapi satu ketul kecik satu lagi besar. Nak letak kat living dan juga master bedroom. Then aku nak beli heater dan aircond untuk living. Wah banyaknya barang aku nak beli. Macam le banyak duit sangat. Angan-angan dan cita-cita setinggi langit aku ni padahal sengkek habuk pun tarak.
Anyway lepas kautim ngan Mr L semalam finally betul sangkaan aku dia salah kira KC tu dapat jugak aku punya KC tu seperti harga yang aku impikan walaupun 6K plus tapi ok lah berbaloi dan memang murah. Actually sebelum buat design tu memang dah agak-agak berapa kosnya. Tapi bila dia sebut lebih dari 7K tu yang mcm terperanjat sikit tu. Now OK lega dah settle lagi satu benda.
Uisshh bertimpa-tipa plan masuk dalam kepala aku ni. Mana satu le aku nak buat dulu ni. Nak hantar kereta ke rawang, dented masa accident dulu belum ketuk lagi. Then nak pergi Suria 2-3 bijik frame yang besar tu belum sempat beli lagi. Nak kena pergi dua stock clearance yang terbaru masuk dalam senarai. Wah botak kepala mcm ni.
Balik kg baru ni aku beli 3 pokok mangga, 1 pokok pulasan, 3 bijik pasu (aikk tambah lagi..semangat nak menanam ni) dan pokok bunga rose. Pulasan dengan sebatang mangga tu aku nak tanam kat tanah aku kat kg yang sekangkang kera (semaknya kebun aku tu bila nak urus pun tak tahu balik kg sebulan sekali). Then dua batang lagi nak tanam kat umah sekarang, Tapi belum sempat tanam lagi. Weekend le baru boleh buat projek nampaknya. Tapi pokok rose dah transfer masuk pasu. Itu pun mak yang buatkan masa kat kg.
No comments:
Post a Comment