Friday, September 16, 2005

Wah biar betul harga KC aku ni...

Kalau ikutkan hati ni mcm takmo rasanya proceed dengan design KC aku tu Mana taknya first calculation aje RM7100 semuanya. Kalah KC AF (Kalau buat KC yang harga 4000 balance tu dah boleh dapat satu set bilik tido solid wood dengan tilam plus satu display cabinet jati). Hah haha sayangnya duit tapi bila fikir buat pun sekali aje tak pe lah kot. Terlebih 1100 dan duit tu sebenarnya aku nak guna untuk beli perabot second round. Aku rasa divider aku tu yang buat KC aku jadi berlipat kali ganda harganya. Hmm nak solid nyatoh le katakana hah duitnya solid jugak la. Tapi tak tahulah bila dah calculate secara terperinci nanti mungkin boleh mintak kurang lagi dengan Mr Lee. Budget aku 6000 aje



Tak tenteram jiwa bila dapat quotation harga tu. Mcm mana boleh beza sangat ek sedangkan hari tu Mr R quote aku design yang sana kecuali kabinet tu ganti dengan breakfast counter baru 4700 (Ni harga special Kak Zana). Salah kira kot Mr Lee ni. Tak pe lah payah fikir lagi. Tadi dah borong lagi 24 pasang kain. Mulanya nak borong 30 pasang kain spnedex lepas tu ada design baru masuk. Kain ni mahal sikit so aku ambik 12pasang bagi setiap jenis. Wah modal nak business kain dah dekat RM1K.



Huarghh masih fikir lagi pasal KC ni. So far aku ni kalau beli barang umah madang aje lari budgetnya. Haritu beli dining set dengan bedroom set pun lari budget gak. Lari budget RM800 . Ni semua pasal dining set aku tu lah. Budget beli yang 1K tup-tup tengok lagi mau cerita. Nasib baik le aku suka so tak le rasa terkilan sangat bila duit tu keluar. Hmm nak benda cantik harga pun cantik lah jugak.



Aduh nampaknya orang datang umah aku lepas ni tido atas lantai lagi lah yek. Aku ingat second round ni nak beli set bilik tido untuk bilik Deena dan Ilman tu pastu display cabinet lagi, cabinet TV lagi, console table lagi. Tengok duit ni serdak-serdak aje…mana cukup kalau setakat 4000 pastu 1K dah kena tarik kat KC…tunggu le tahun depan pulak jawabnya kalau camtu. Mcm mana nak plan ni. Lain le kalau aku ni businesswoman boleh set target mcm Pn Pinky. Kejar customer sana sini boleh tambah income untuk bulan ni kan. Aku kejar adik aku suruh jualkan kain. At least kalau seminggu dia boleh jual 20 helai wah banyak jugak tu. Kalau aku tabngkan duit tu..InsyaALLAH boleh punya la.



Ok nak balik kampung ni. Korang yang nak datang umaha ku weekend ni sorry ye. Last minute decision. Itu pun sebab semalam baru adik aku cakap nak balik so aku menyibuk aje lah. Lagipun dah rindu pada bonda, ayahanda kampung halaman yang terchenta.

No comments: