Wednesday, October 12, 2005

Puasa Melalu

Ok enough I really need some space to write my blog. Ni baru habis group meeting. Semuanya masih blur dan samar-samar coz aku belum lagi start di TOTK dengan geng HR. Beberapa hari ni memang banyak sangat kerja yang nak kena buat. Selain dari mengajar aku dah start sibuk dengan kerja-kerja berkaitan dengan 3 modules baru OM,PAQ. Kerja-kerja conversion pun masih berjalan sehingga go live minggu hadapan. Bulan puasa ni biasalah letih, sampai kan pagi tadi aku tak terjaga untuk sahur (hari ni puasa melalu la. Tapi nasib baik malam tadi aku sempat makan lauk siput sedut masak lemak yang aku beli. Masa buka aku makan ikan kerapu masak sweet sour so lauk siput tu aku tak sentuh pun . Ada orang tak makan lauk ni) sebab malamnya tengok DH. Tapi DH pun habis bukan lewat sangat itu pun alarm bunyi aku tak sedar. Hmm tengok DH konon sesekejap tu TV tengok aku, yang peliknya bila hunny turn off TV aku leh terjaga plak. Sabar aje la.



So semalam dah selesai pasang arc kat pintu wet kitchen, tapi masih belum dicat. Mamat tu datang pasang awning hari ahad then buat arc sekali, supposed to finish that by Monday tapi Monday dia tak datang malam tadi dok siapkan arc tu sampai awning tak siap sampai 8.30 malam berbuka kat umah aku tapi ajak makan nasi tak nak pulak. Buka makan kuih aje lah dia. Seal awning nak buat arini so kena datang lagi. Nasib baik le kilang dia dengan umah aku dekat. Tapi bagus gak dia datang boleh aku suruh dia pasngkan qownlight kat KC aku tu. Eko janji nak datang buat tapi dah lama tak nampak batang hidung. Biasalah bulan puasa ni orang pun malas nak datang kerja. Lagi berapa hari aje lagi majlis berbuka puasa tu. Rumah aku memang lah belum habis kemas specially part pinggan mangkuk yang aku sendiri tak tahu mcm mana gayanya nak aku susun. Susah-susah aku sumbat aje besen2 pinggan mangkuk dalam kabinet. Bukan depa nak selongkar pun iye dak. Janji umah nampak kemas dan teratur padahal kalau bukak kabinet tu satu persatu boleh terkujat pengsan dibuatnya. Hehh ini, ayu ini rahsia tau..kamu jangan pecah tembelang kat depa semua udah.



Bibik ni menggemparkan betul bila sabtu lepas dia kata dia dah nak berhenti kerja. Sabar ajelah minah Indon ni. Hmm Bagi short notice mcm tu manalah aku nak carik orang jaga Ilman. Malam tu aku call lepas tu dia ok nak kerja sampai hujung bulan. Yang aku hotnya Isnin tu dia bawak Ilman balik umah dia. Aku dah pesan banyak kali aku memang tak suka kalau dia bawak Ilman balik umah dia. Aduh bengang betul. Oklah nak berhenti aku tak kisah lepas ni aku ;ada cukup masa untuk cari orang jaga Ilman.



Bulan puasa ni asyik kena gatal mata. Dari hari ke sehari nak gi despenseri tapi tak sempat pun. Inhaler pun dah habis stok kalau kena attack memang kelam kalibut la. Aduh dok fikir bilalah masanya aku nak kuo kejap gi klinik ni. Specially inhaler tu la..kalau tak de mau mati dibuatnya specially kalau kena attack tengah malam harus kelam kabut nak pergi klinik nak cari pam. Dah le keadaan cuaca yang tak berapa menentu sekarang ni. Memang sejak bulan puasa asma ni agak kerap menyerang tapi still in control. Hopefully tak melarat sangat.



Keadaan kat opis yang semakin busy dengan kerja-kerja support dan juga training yang masih berlangsung sampai seminggu sebelum raya. Cakap pasal raya group meeting tadi kami semua telah sebulat suara membuat keputusan siapa-siapa yang boleh cuti panjang dan siapa yang kena ada kat opis bermula Isnin. OMPAQ team boleh cuti dengan aman coz four of us akan masuk semula office pada hari Rabu we need to be around on the third payroll run. Okk syok boleh cuti lama sikit. Aku cuti paling lama. Seminggu sebelum raya dah start cuti. But definitely kesian kat geng time specially yang baru kawin tu coz by Monday depa dah kena masuk . Dah le orang Ganu plak tu. Then kesian also to payroll team. Kalau depa tak masuk maka jawabnya tak de lah gaji untuk staff bagi bulan Nov nanti. Wah banyak good news la during group meeting tadi specially on the job side…ok nak solat satgi nak kena attend PMM meeting plak

1 comment:

Anonymous said...

lps nih sape jaga ilman zirap? mau susah gak ko nak cari maid kan? pakai yg k zainun yg yusmi rekemen tuh, tak nak ke? maid aku blk next thu. tp aku yg lum ckp kat dia. saje nak bg surprise. new maid dtg on this weekend tp aku nak tinggalkan dia kat umah mak mertua aku dulu. selamat la kite train bibik baru