Thursday, October 13, 2005

Sikit Cite Dari Sains Muar

Aku tak de idea nak tulis. Life aku berjalan seperti biasa. Pagi bangun sahur kemas-kemas rumah yang masih tak habis bersepah tu then siap-siap pergi kerja, busy-busy kat opis kerja mana pernah habis. TOTK dah start pagi tadi but aku start dengan belajar beberapa report penting dulu. Tapi dalam busy-busy tu aku sempat pergi MV lunch time sebab aku ada benda yang memang aku nak kena beli. Pastu balik opis masuk lewat setengah jam. Mana cukup ½ jam pergi MV pastu ingat nak beli lauk sampai pukul 2.00 lauk pun dah tak banyak pilihan. Oklah petang ni nampaknya terpaksa menyingsing lengan untuk memasak. Kalau kut kemalasan dah tahap cipan. Balik umah rasa mcm dah letih sangat tapi kalau setakat nak masak untuk buka tu masih mampu lagi cumanya kalau beli lebih cepat dan lebih senang. Kat umah stok lauk mentah hanya tingal ayam dengan ikan aje. Sayur plak tinggal sawi aje. Huarghh nak masak apa ni. Harap-harap mood hunny baik le hari ni. Kalau malas nanti balik terus pi pasar ramadahan dan Impain Ehsan aje lah jawabnya. Itu pun kalau cik abnag tu rajin nak bawak Kalau mood dia malas kena masak jugak la. Email TS harini memang meriah gila. Sabar aje lah bebudak ni. Tak de kerja agaknya kat opis. Pay slip bonus dah dapat alhamdulillah sebab dah tahu berapa amount yang nak dapat so tak berapa excited sangat la.



Ntah pagi tadi lepas solat subuh aku leh terfikir…heehh ni lah benda yang aku terfikir lepas sembahyang tu. A few hadiah yang diberi oleh boifren and kengkawan yang masih diingati sampai hari ini. Tak payah disclose la sebaba biasalah hadiah orang lain pun banyak gak dapat hadiah specially bila ada occasion macam birthday ke.. Yang dapat pakwe romantik tu pasti selalu sokmo dapat hadiah. Cuma aju just teringatlah orang tu bagi aku ni, si polan bagi itu bagi ini.Teringat sejak masa sekolah lagi la. Abang M banyak bagi kaset tapi termahal yang pernah dapat ialah bunga crystal from Afrika yang Haizel bagi dan juga tea set 24K from Turki yang Isz bagi. Yang orang lain bagi pun aku hargai jugak – beg polo yang kau bagi pun aku hargai gak Norizan, banyak berjasa tu setiap kali travel memang kami bawak beg tu ke hulu ke hilir. Setiap kali lupa number kekunci mesti aku akan tanya kau semula kan. Perfume Poison dan Pleasure yang Jobo bagi masa dia kat UK siap post dari sana, pastu tie back yang jobo bagi (yang ni aku masih simpan, masih dalam kotak sama seperti aku dapat masa di pos ke Malaysia, Perfume Max Factor yang Abg M bagi, Pastu cincin yang Abg M bagi….tapi yang paling bernilai dalam banyak-banyak tu tentulah cincin tunang, cincin kawin kalung kawin yang hunny bagi..kaan….kann….heehh saja nak cover merajuk cik abang aku nanti. Ala saja-saja lah yang nak kenang zaman-zaman dulu. Hmm nak suruh zaman tu berualang memang sampai tua pun tak kan berulangkan.



Hmm cerita pasal Jobo, kalau Jobo baca ni minta maaf ye. He was my senior masa kat Sains Muar dulu. Kat sekolah asrama ni kalau tak de abang angkat atau adik angkat rasa mcm tak grand la kan. Jobo approach me untuk jadi pet sister dia Kenal masa main volleyball sama-sama. Dia memang scholl player then aku plak pergi masa pemilihan team perempuan. Masa tu dia kenalah bersaing dengan the other guy yang main volleyball gak kalau tak silap abang sorang lagi tu namanya Azmi. Hehh cayalah aku masih ingat lagi. Both selalu tinggal kan note kat meja study aku. Best jugak bila dapat note dari abang angkat ni kan. Bunga-bunga aje time pergi prep tu. Oh yup Jobo come from kelas elite. Dulu-dulu kalau kelas Ariff dengan kelas azam tu kira kelas elite la. Aku kelas Azam gak. Tapi kami tak seelit senior sebab masa tahun senior ariff tu kelas elite untuk pelajar lelaki then azam kelas elite untuk pelajar perempuan. Kira Jobo jadi abanga ngakt aku lama samapi dia kat UK kami still contact tapi aku tak pasti dia tu ada feeling towards me or not.

Tapi kalau ikut pada surat2nya memang mcm ada bunga-bunga jugak la. Tu lah aku sampai harini memang risau kalau terserempat dengan dia. Ntah rasa mcm segan pun ada bersalah pun ada itulah pasal bila sekolah buat gathering wah berdebar2 nya nak datang lagi berdebar bila nak bersemuka dengan dia. Anyway masing-masing dah ada haluan dan jodoh dia memang dengan budak sekolah kami jugak tapi my junior. Heeh heeh sedikit lagi rentetan sejarah hidup aku kat Sains Muar. Ada satu lagi rahsia..nanti senang-senang aku kongsi. Hehh pasal abang angkat aku yang sorang lagi AAK. Penolong Ketua Pengawas kat Sains Muar. Pinky kau tahu tak citer ni heehh tipot tahu la…dorm mate aku smeua tahu sebab aku kena boikot dengan dua orang senior pompuan pasal depa memang syok giller sama abang angkat aku yang sorang lagi ni…

2 comments:

Anonymous said...

aku nyer bag tu takde ler keles sgt. kalo kat sini biasa jer. but bernilai coz aku beli from MEDAN. Igt tu! Sorry aku x dpt dtg gathering, as ina katerr org ghumah keje mlm.

Anonymous said...

aku nyer bag tu takde ler keles sgt. kalo kat sini biasa jer. but bernilai coz aku beli from MEDAN. Igt tu! Sorry aku x dpt dtg gathering, as ina katerr org ghumah keje mlm.