
Happy birthday to you (2x) Happy Birthday to Ilman Abqaary Happy birthday to you
wahai anak pembela bangsa. Semalam genaplah usiamu setahun. Ibumu ini setiap hari setiap masa setiap detik setiap saat mendoakan keselamatanmu dunia dan akhirat. Wahai anak jadilah kau anak yang soleh, anak yang menjadi kebanggaan kedua mama dan addy anak yang menjadi kebanggaan agama bangsa dan negara.
Semalam birthday bobot dan aku macam biasa pelbagai rancangan yang aku plan. Tapi semuanya terbuku begitu sahaja. Malam sebelumnya kami berempat ke Sungai Long semuanya gara-gara suprised minimoto dari Addy. Pocket motorbike untuk adik Man. Hmm mama tak nak komen apa-apa. Addy memang lah interest dia nak dikongsi dengan anak-anaknya. Hmm kalau tak beli adik Man moto pun tak pe addy heli addy yang baru tu bagi kat Man pun dah ok. Tapi nanti mama nak pasang tiles kat depan addy kena sponsor separuh ok.
Pagi ahad..demam mama dah berkurangan so kira cam ok. Pagi tu mama makan roti canai sekeping aje. Selera masih tak de. Baca paper hari ni tak masak sebab kami nak pi wedding. Basuh kete sampai 2 jam ni semua angkara kaka yang suka buat sepah dalam kete mama. Baru le nampak bersih dalam kete mama tu.
Tengahari kami bersiap pi wedding. Balik wedding balik umah dulu addy solat mama rileks jap pastu pi open house kat umah Adnan. Jumpa lag geng2 taman sutera yang lain2 happening. Pastu hujan lebat nak balik redah hujan. Sampai umah tetiba kepala dah start pening. Camner ni janji kami nak kuo malam lepas maghrib nak pi KFC. Mama dah tergolek.. addy deena dengan adik Man dok godek2 motor. Hmm akhirnya...tak larat batuk semakin menjadi2 tetiba suara semakin menghilang sehingga hari ini.
Gagahkan jugak ke opis sebab petang ni ada meeting. Lepas meeting harus aku cabut balik. Tak larat rasanya. Harini kenalah ganti belikan kek adik man...sian dia...mama mesti beli dun worry darling...
3 comments:
Zira
1. kad jemputan kawen utk ko dari rahmat ada kat aku. Bila nak?
2. Apa blog add kak max? tatau pulak dia sambung tulih. Mai bagi.
Lekas!
happy birthday Ilman..!!!
Ina bila-bila kamu naik menara call le aku....pass kan kad tu nanti aku leh bagi pada shima...
thank you aunty Elin :)
Post a Comment