Wednesday, November 30, 2005

Mau kemana pak? Mudah banget Bandung Jakarta

Mak dan ayah akan ke Jakarta this weekend baguslah at least dapat juga mereka merasa pergi Indonesia. But this time is not under my expenses. Semua depa tanggung sendiri lagipun aku memang tak masuk dalam projek depa adik beradik ni. Ketua rombongan will be Pak Long abang ayah then mokde and pokde, pak ngah and mak ngah dan anak mok de dan menantu2nye sekali. Hulur sikit-sikit tu boleh lah…lagi pun budget aku plak agak tight sikit dengan projek umah yang baru nak start ni. Ada rezeki lebih dapat le hulur kan depa nanti. Heeh masa aku gi Jakarta dulu tak boleh le nak mengangkut depa pasal nanti anak aku siapa pulak nak tolong jagakan. According to the plan diorang akan lepak kat sana about ten days. Humang aii tak tahu le aku but for me lamanya. Kami yang dok sana 5 haritu pun dah tak tahan. Hmm mungkin sebab masa aku gi tu aku tengah mabuk pening morning sickness lagi. Pastu dengan kena muntah-muntah cirit-birit lagi. Cehh memang tak dapat dilupakan.


Pengalaman aku gi Indonesia kira cam tricky lah jugak. Dah perginyer dengan geng2 lelaki mau taknye di heret kami ni ke hulu ke hilir ikut kudrat mereka. Ketua rombongannya Abg M senior aku masa kat Sains Muar dulu then from bandung kami ke Jakarta untuk berjumpa dengan Iwan dan sorang lagi Indra kawan Abg M masa depa buat master kat UKM serta awek mereka. Kami landed kat airport bandung sebalah tengahari..Makan di restoren padang di pekan bandung., Cultural shock bila tengaok jalan 2 lane tapi boleh isi 6 biji kereta jalan seiring at one time..uisshhh pastu anak-anak kecil berkeliaran di tepi jalan, jual gula-gula, surat khabar sambil berteriak ibu..ibu..ibu..meminta sedekah. Syukur dengan kita kat Malaysia ni. Populasi penduduk bandung (Pulau Jawa amnya ) memang padat gila. Masa nak mendarat boleh nampak betapa rapatnya bumbung2 rumah. Penempatan diorang memang rapat2 sangat. Uishh ngeri betul. Apalah kalau nak dibandingkan dengan kesusahan rakyat Malaysia pada hari ini.


From kota bandung kami ambik bas express untuk ke puncak. Dihiburkan oleh pemuzik jalanan sepanjang-panjang perjalanan kami ke hotel di puncak. Bermalam dia bandung 4 malam dan Jakarta 1 malam. From bandung banyak jugak tempat yang kami pergi antaranya Tangkuban Perahu, Chipanas, Chempelas, Puncak, Sri Ater . Bandung basically permandangannya sangat cantik dan memang memukau. Kiri kanan jalan memang banyak pokok teh. Kami pun sempat gak gi kebun bunga dan juga sempat lalu depan umah presiden Indonesia..


From puncak kami travel ke Jakarta menaiki bas express..tapi sebab bentuk muka bumi bandung yang bengkang bengkok dan jalan rayanya pun usiiihh gerun perut aku tengok. Jalannya dah le kecik bebeno.Rumah plak tu dekat aje ngan tepi jalan Kami sampai ke station keretapi, from there kami ambik keretapi kebanyakan kelas bawahan. Kat sini sekali laku aku dah culture shock. Ni semua abg M punya idea. Ada ke patut bagi kami naik train yang mcm korang tengok dalam cerita Hindustan tu…uiskh..aku memang panik gila sebab takut pencopek. Kadar jenayah kat dalam keretapi ni memang tinggi. Aku beli Dunkin donut untuk alas perut sambil memerhati setiap raut wajah para penumpang. but one thing best about this train ialah ada entertainment yang didendangkan oleh group musik jalanan tapi kualiti suraa dan skill bermain muzik depa memang setaraf dengan peter pan. Terhibur lagi terhibur dengan gelagat penumpan turn naik dan berasak-asak.


Sampai Jakarta check in kat hotel then malam kami ronda-ronda di kota Jakarta. Melawat JW Marriot yang waktu tu baru habis kena bom. Pastu melihat panorama malam yang indah then tengok mak nyah2 kat keliling kota. Iskhh diorang ni kami datang negara depa yang tu yang diorang dok dedahkan. Esoknya shopping kat mangga dua..then menghabiskan masa kat taman mini Asean. Pastu ke Salina yang ada banyak barang2 antik. Kota Jakarta ni memang mebangun gila tapi yang tak tahannya tu jammed memang teruk betul.Hari keduanya dari Jakarta kami balik semula ke bandung menaiki pesawat ringan. Kecut perut aku seumur hidup manalah pernah naik kapal terbang focker yang hanya ada abou 30 orang penumpang termasuk anak kapal tapi tambangnya mahal jugak lebih kurang RM180. Tapi alhamdulillah 2 jam kami tiba semula ke bandung so tak payah nak sakit2 badan naik train dan jugak bas. Check in kat hotel dan menghabiskan masa bershopping sakan. Bandung ni terkenal dengan pusat Jeans dan pakaian berjenama. Kalau ada peluang nak pergi lagi. Sebab dulu first time so time was quiet constraint. Ni dah agak fimiliar so dah tahu mana nak tuju.

No comments: