Thursday, December 01, 2005

Mimpi Gigi Kapak

Balik kerja semalam masa nak masuk simpang Sungai Chua aku saja menghimpit sebuah Honda Stream hitam yang memang lah fimiliar sangat di mata aku ini. Gilo apa tak kan le kalau kete yang aku tak kenal aku saja-saja nak himpit cari nahas le tu kan.. Actually dari jauh dah nampak flat number kete tu pastu di pandu dengan agak teliti dan berhati-hati dan yang penting dengan penuh bergaya. Aku dalam hati ni saja nak buat dajal kat tuan punya kereta Honda tu…aku himpit rapat2 pastu aku pun honk la kuat2 dan banyak kali pulak tu….tapi tuan kereta tu tak menoleh langsung cuma raut wajah dia aje yang berubah. uisshh masam mencuka awek kat dalam Honda stream tu…heehh sajalah..agaknya dia memang tak perasan aku yang honk. Pastu bila dia dah dok belakang keta aku baru dia perasan kot. Agaknyer laaa atau memang dia tak perasan terus sampai kami berpecah di simpang pekan kajang. Hmm sorry le Pinky..aku tahu kete kau sebab flat number tu memang aku kenal dan teringat sgt mcm mana cara kau mendescribekan flat number kat dalam blog engkau. Kekadang bila aku ingat blog kau tu aku gelak sendirian…tu yang saja aku himpit tu tapi nampaknya kau tak suka. Muka kau pun masam mencuka gila..heeh heehh sorry lah yek..next time aku tak buat lagi. Mesti Pinky mneyumpah-nyumpah aku kat dalam kete dia semalam.



Dan pagi ni aku pun rasa mcm nak menyumpah-nyumpah pak gurd yang saja letak kon kat tempat aku selalu parking kereta. Aku eligible untuk parking kat bawah tapi aku ni selalu kuo lunch time. Jadi sekali masuk RM3..kalau ada meeting pastu kuo lunch lagi…uisshh pastu boleh claim plak sehari sekali sahaja. Tapi malangnya spot aku yang begitu strategic dan pun di blok. oleh kon-kon oren yang menyakitkan hati dan mata aku. Last-last aku memecut kete yang tangkinyer dah kosong ke spot yang kemungkinan untuk kena saman DBKL is 90%. Lantak la at this time being aku lebih banyak benda yang nak kena fikir. Lagipun sat lagi aku nak keluar isi minyak kereta yang dah kering kontang. Hmm mulai esok mungkin aku kena datang lebih awal sikit dari selalu untuk merebut spot lain pulak. Kesian macam pelarian aje kami yang bekerja ni. Sebab company nak berjimat itu ini kami-kami ni pulak yang terpaksa menjadi mangsa. Sabar aje la.



Malam tadi aku bermimpi pasal gigi. Orang kata kalau kita mimpi gigi kita patah atau tercabut mungkin itu petanda orang-orang yang dekat dengan kita akan meninggal dunia. Tapi mimpi aku malam tadi mcm pelik campur kelakar. Gigi kapak aku yang sebelah kanan menjadi panjang. Lebih panjang dari yang sebelah kiri dan terkeluar sikit pastu bengkok. Mulanya aku mcm tak sedar tentang perubahan struktur gigi aku tu sampai bila aku ambik gambar dan aku tengok apasal senyuman aku menjadi manis dan lain sikit kat dalam gambar tu. So bila tengok kat cermin maka ternampaklah gigi kapak yang sebelah kanan dah longgar dan lebih panjang dan dan terkeluar dari akar nyer . Aku pun goyangkan gigi tersebut memang sah dah longgar. Pastu perlahan aku menolak semula gigi kapak tu ke kedudukan asal.Yang anehnya gigi tu elok aje masuk dan terlekat ke tempat asal. Dalam mimpi tu aku sempat berfiikir hmm mungkin aku ni dah tua agaknya tu pasal gigi aku pun dah longgar dan boleh tertanggal dari akarnya…hmm sabar aje lah..anyway itu hanya mimpi sahaja harap-harap ianya tak ada kena mengena dengan orang yang hidup atau pun yang mati.

No comments: