Tuesday, November 15, 2005

MC laaa

Semalam aku datang kerja tapi sebab malam sebelum tu aku kena attack jadi datang kerja pun serupa tak datang. Inhaler yang baru ambik masa raya ke 4 aku rasa dah tinggal ½ tiub aje. Usually 1 tiub aku boleh guna at least 2 bulan. Can imagine berapa kerap aku pam dalam masa beberapa hari ni. Satu hari I can say lebih dari 10 kali pam aku buat. Lelah makin teruk tapi kerja harus di teruskan. Sampai opis tentu dah tak larat dengan batuk dan keadaan badan yang berpeluh tak menentu (that was the symptom kalau nak kena attack) Memandangkan geng semua tak de 2 gi TOT dan sorang cuti jadi kalau nak cuti macam tak sesuai. Tapi aku tak segagah yang aku sangka bila badan dah start menggiigil mcm orang kena Parkinson (over dos dengan ventolin) dan peluh mencurah itu tandanya ia semakin kronik. Masalahnya inhaler masa tu pun dah tak jalan. Batuk makin menggila. Aku gi despenseri ambik ubat calm down sikit dan dapat mc serta steroid last choice (pelmicot). Usually aku lebih suka guna pil tapi it’s out of stock oklah palmicot pun boleh gak walaupun tak berkesan pada aku dalam masa jangka yang cepat. Bila batuk harus cepat2 pam. Bila batuk badan panas secara tiba-tiba dan peluh strat keluar tak semena-mena walaupun dalam tempat beraircond mcm sekarang ni. Sekarang ni kalau polis buat urine drug test tentu aku fail. Balik umah Mok Long dok berehat, tidur sembahyang makan. Aku malas nak balik awal sebab badan masih mneggigil dan tak berani nak drive. 4.00 petang ambik deena dan balik.



Sampai umah nak kena masak. Lauk tak sempat beli nak tak nak gagah jugak masak walaupun simple tapi leceh jugak. Lepas maghrib aku terus tidur. Time tu kepala dah ligat pusing. Anak-anak memang lah aku tak tahu le apa cerita. Nasib baik le hunny bunny tu bab anak ni dia boleh harap bebeno. Tetiba hunny kejut. Bangun-bangun…aku yang mcm pisat ni tengok kat luo melalui tingkap bilik dalam hati “aikk gelap lagi dah pukul 6.00 ke” Moklong datang. Hahh iskh pukul berapa ni. Tengok jam rupanya 10.00 malam aku tengah sedap tidur. Hmm dah datang mengejut tak tahu nak sedia apa. Nasib baik ada nugget dalam fridge so hidang kuih raya goreng nugget dan keropok. Dah inform kat depa kalau nak datang call boleh order satay ke. Dah sah-sah duduk kajang setakat satay ni 10 minit dah boleh siap.


Lama gak depa melepak sampai 11.30malam pastu bawak depa ronda kat umah phase 1B sebab cousin tu nak tengok grill. Lepas depa balik aku pun kemas-kemas cawan semua tapi tak larat nak basuh cawan2 yang dah membumbung dalam sink. Harap2 bibik faham le..aku tak larat dah waktu tu. Kalau tak mesti dah basuh dan siap2 kemas. Time nak tido bebudak yang berdua tu dah terjaga masa anak2 sedara aku dok memekak kat bawah. Bila nak tido balik punya la payah. Sajalah cik abang tu nak menyakitkan hati aku kot malam tu aku soh dok tido kat anak dia dok lah tengok TV lagi. Aku memang tak larat kalau larat I don’t mind.. Lepas buatkan bobot susu aku baru nak lelapkan mata..bobot pulak batuk2 dan muntah atas tilam. Aduh tensionnyer makcik..lebih tension bila panggil orang yang tgh2 syok terlentang tengok TV kat fa,mily hall tapi dia buat tak tahu dan buat tak dengar. Yang sakit hati tu sebab dia buat2 tak dengar. Memang bara gila dan sakit hati sangat. ALLAH aje yang tahu betapa bengang tahap gaban aku time tu. Dalam hati yang dah bengkak tu mulut membebel jugak..kepala memang dah pusing tangan tetap berjalan tukarkan baju bobot basuhkan kepala yang penuh dengan susu…bersihkan tilam yang penuh dengan muntah cuci toilet yang berbau muntah. Sakit hati kalau orang buat2 pekak kalau kita panggil. Kalau ALLAH pekak kan telinga tu nanti baru tahu. Menyampah kat awak yang…benci sangat. Tak nak cakap lagi.

No comments: